Wednesday, March 19, 2008

Selepas Radzi , Khair Toyo Bila Tajol pulok ?

Akhirnya Khir Toyo mengikut jejak setiausaha agong UMNO menjalankan upacara 'harakiri' dalam karier politiknya. Maknanya satu rasa pertanggungjawaban yang tinggi atas kekalahan BN UMNo di Selangor. Kini kita menanti apa tindakan Tajol Rosli di Perak dengan Ketua UMNO Pulau Pinang yang kini jadi kaki demo pulok.

Kita dipihak rakyat mengucapkan takziah dan tahniah atas dasar prinsip serta keberanian mereka dalam bertindak dengan cara yang betul demi maruah. Walapun kata-kata keramat parti dan rakyat diutamakan ini adalah slogan dan retorik politik pemimpin sekular kata Tok Guru. Berjuang setakat atas dunia.


Ikutilaporan akhbar....




Khir Toyo lepas jawatan Pengerusi BN, UMNO Selangor

1
SHAH ALAM 19 Mac - Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo melepaskan jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan Barisan Nasional (BN) Selangor.

Menurutnya, keputusan itu dibuat sebagai mengambil tanggungjawab ekoran kekalahan teruk BN Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-12 sehingga menyaksikannya terlepas ke tangan pembangkang.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah bersetuju melantik Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib sebagai pengganti.

No comments: