Wednesday, March 19, 2008

News : Nik Aziz syor tubuh badan penyelaras 5 negeri
MURSYIDUL Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz b Nik Mat mengesyorkan agar satu badan penyelaras dibentuk bagi lima buah negeri yang dikuasai oleh Barisan Rakyat.
Penubuhan badan tersebut adalah bertujuan untuk membantu meningkatkan kerjasama antara kelima-lima negeri yang kini sudah tidak lagi ditadbir oleh Barisan Nasional (BN).

"Saya akan menghantar surat kepada Presiden PAS atas kapasiti Mursyidul Am bagi mencadangkan agar badan ini ditubuhkan," ujar Nik Aziz dalam satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco pertama kerajaan negeri Kelantan selepas pilihanraya umum yang lalu.

No comments: