Wednesday, March 19, 2008

Sendiri Mau Fikirlah Pak Lah ...

Senjata ke marahan orang-orang UMNO semua peringkat daripada yang besar dan kecil dihalakan kepada Pak Lah. Buat masa dan saat ini Pak Lah adalah manusia yang mendapat tekanan. Rasanya tekanan dari atas bawah kiri kanan ini tetap 'boleh tidur' punya. Sebab dia memang kaki tiduq yang buat kerja adalah bebudak tingkat 4 dan anak beranak dia saja.

Di samping itu, dia bawa masuk group dan partner-partner dia masa dia memberontak membentuk Team B lawan Dr M dengan Team A. Maka yang nampak bego adalah Najiblah, semua orang kuat dia kena pancaas dan cantas oleh Pak Lah. Bijak KJ menantu Pak Lah.

Akibat Pak Lah tak mahu berfikir, semakin dia struktur UMNO BN bukan semakin kuat, orang nampak semakin lemah. Tapi dia fikir semakin kuat. Itulah kuasa Tuhan bagaiamana dibentangkan kepada kita macam mana Firaun rasa dia kuat. Sampailah dia musnah dan jatuh. Bila nak mati baru mengaku oh atas dunia ada kuasa lain yang perlu kena minta tolong.

Justeru dari segi moralnya rakyat, perlu buat perubahan terkahir tukaq semua dalam pilihanraya ke 13 insyallah kot pada 2012 kot. Mai pakat tukaq ke semua.

Malam ni kita mulakan kerja semarakkan rakyat. Sebab Sabrey Chik menteri penerangan ikut berita perdana TV1 kata media alternatif menenggelamkan RTM punya berita, tak laku. Esok dia suruh lak pulak Telekom Malaysia naik bayaran streamyx atau tutup terus kot. Kita tunggu dia dah lemas ni !!!!

No comments: