Wednesday, March 19, 2008

Kabinet terbaru Pak Lah yang terburu-buru, bukan sahaja mengundang kebencian rakyat malah juak-juak beliau sendiri. Terkini dua timbalan menteri menolak mentah-mentah perlantikan mereka. Kedua mereka adalah Tengku Azlan B Sulatan Abu Bakar (adinda Sultan Pahang) dan Datuk Anifah Aman (adik KM Sabah) Musa Aman. Alasan tidak wajar dengan khidmat mereka masih berada takuk lama, sedangkan orang baru yang kurang senior serta tiada pengalaman diangkat Pak Lah menjadi menteri penuh.


Merungkai apa yang terbuku dalam hati-hati pimpinan UMNO bukanlah kerja kita, namun bacaan dan andaian kita serta dengan tindak tanduk mereka, seolah-olah kita dapat gambarkan nauri kita sama dengan naluri mereka, atas sifat sebagai manusia.


Tidak cermat dan angkuhkan kuasa segala-gala di tangan PM, itulah senjata canggih Pak Lah berdepan dengan kumpulan yang tidak bersetuju dengan pemilihan beliau.Akibat membelakangkan konsensus Pak Lah diaibkan. Mana nak letak muka dua timbaan menteri menolak mentah-mentah perlantikan ke jawatan bagi diri mereka.




1 comment:

Hasbullah Pit said...

Berikut adalah pandangan saya tentang barisan kabinet PakLah

http://sebolku.blogspot.com/2008/03/barisan-kabinet-adalah-pesta-kurniaan.html