Friday, March 28, 2008

Najib Yang Kita Kenal ....

Pemerhati politik menggambarkan Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) 'gopoh'. Sementara Najib pula terlalu 'lembab' dan perlahan. Kini selepas PRU 12, perubahan melanda UMNO, Najib yang duduk macam burung hantu atau pungguk sekadar menjadi pemerhati yang baik. Namun pengikut setia dalam politik belum 'cukup' kuat dan hebat.

Selepas restrukur barisan Kabinet dalam 'proses' pengecilan Pak Lah dikatakan ramai kroni atau barisan penyokong setia Najib digugurkan. Najib tidak 'menyinga' malah terus berikrar dengan janjinya saya menyokong penuh Pak Lah.

Tiba-tiba mendung politik negara 'tergegar' kali ini semua pihak termasuk akar umbi mahukan UMNO membuat sesuatu. Bermula cadangan Ku Li minta diadakan Perhimpunan Khas (EGM). Dikuti desakan demi desakan menyokong secara langsung dan tidak langsung. Kemudian Ketua Penerangan respon dengan mengisytiharkan Perhimpunan Agong Pemilihan akan diadakan pada tahun hadapan 2009. Maka marahlah kumpulan pendesak yang mahukan perubahan.

Ringkasnya politik UMNO semakin ruwet dan rumit, ditokok tambah dengan keengganan Raja Melayu di Perlis dan Terengganu yang menolak ketua negeri lantikan UMNO Pak Lah. Penolakan istana secara terang-terangan memberi kesan episod baru UMNO - ISTANA. Kesannya rakyat terus menilai akan UMNO, harapan apakah yang ada pada UMNO, harap pagar , pagar makan padi, harapkan pertahankan ketuanan Raja-Raja Melayu, dialah perobohnya. Maka Robohlah kota Melaka, maka tiadalah papan di Jawa lagi yang dapat membantu dalam episod ini.

Rentetan di atas, memaparkan senario UMNO dan betapa 'leka' dan 'melabunya' tindakan najib dalam memunculkan diri sebagai bakal PM Malaysia. Kini jalan menonjolkan diri sebagai 'calon' pilihan semakin tipis dan mengempis, walaupun usaha beliau untuk bangkit, percaturan politik beliau 'gagal' menyaingi percaturan 'cerdik' dan bijak menantu Pak Lah , iaitu KJ.

Kita melihat masa depan Najib semakin sukar, dan impian sebagai PM untuk digapai semakin tidak tercapai. Kita semua boleh menjadi penyaksi yang baik sahaja. Biarlah gajah dengan gajah di dalam UMNO bertempur, bila tercedera jangan menyondol ke arah rakyat sudahlah. Baru ini Raja Raja Melayu dah disondol oleh golongan ini, demi survival politik kronisme ....

Justeru wajarlah kita bertanya, bilakah 'kesetiaan' najib itu beliau nak tunaikan, perwakilan masih menunggu Najib , kerana faktor Dr Mahathir Mohamad

No comments: