Friday, March 28, 2008

Cara Urus Bola Gaya UMNO BN

FAM tunggu laporan FAS..... Gerhana pengurusan ala UMNO dalam bolasepak negara. Kemelut dan gaya pengurusan yang tidak mesra menyebabkan tahap kemajuan sukan kita semakin muram dan suram.


Walaupun pemimpin kita kaya wang, kaya idea, tetapi miskin kasih sayang akan merencatkan mutu bolasepak negara dan masa depan bolasepak negara. Mengurus pemain bukan sekadar mengurus sekawan manusia robot. Pengurusan Sumber Manusia gaya baru dengan meletakkan serta menekankan asas-asas keinsanan , kurang politiking dan yang penting 'jangan menunjukkan kuasa' dalam apa jua tindakan.

Perisitiwa sejarah bagaimana JWW Birch terbunuh dan dibunuh di Perak wajar menjadi pengajaran. Walaupun bandingan situasi rakyat tempatan atau 'orang asing' daripada peristiwa sejarah itu , memaparkan bandingan antara dua unsur atau komponen berbeda dalam menilai kepentingan masing-masing. Kesalahfahaman dua puak mempertahankan kepentingan masing-masing dengan perasaan berkompromi.

Jika kita lihat British, dah mempunyai kuasa , banyak wang namun perkara-perkara feudemntal yang ia tidak selesaikan seperti tidakpuasjhati pembesar (tidakpuashati pemain), apa kata luahan orang bawahan (pandangan pihak arif tentang bolasepak) tidak diambil dan hitungkira. maka jadilah salah perhitungan.

Moralnya kebajikan rakyat (pemain) hendaklah diutamakan !!!!


------------------------0000000000000000----------------------------------------------------


JAWAPAN rasmi Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) bakal menjadi penentu kepada bentuk tindakan yang bakal diambil ke atas mereka berikutan tindakan empat pemainnya meninggalkan sesi terakhir Klinik Ian Rush, kelmarin.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, Khairy Jamaluddin, berkata beliau menunggu laporan rasmi daripada FAS mengenai kejadian itu.

“Saya ingin tahu mengapa Dollah Salleh (jurulatih Selangor) memanggil pemainnya daripada klinik. Kami akan mendapatkan penjelasan FAS mengenainya. Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Empat pemain itu - Akmal Rizal Ahmad Rakhli, Indra Putra Mahayuddin, Mohd Safee Sali dan Amirul Hadi Zainal - meninggalkan kem klinik kendalian penyerang legenda Liverpool, Rush, tanpa kebenaran.


Meskipun dinasihatkan ketua jurulatih kebangsaan, B Sathianathan supaya tidak meninggalkan klinik, empat pemain terbabit tidak mematuhinya.

Mereka dikatakan diminta jurulatih Selangor, Dollah Salleh, supaya meninggalkan klinik untuk menyertai persiapan akhir pasukan bagi menghadapi perlawanan kedua pusingan kedua Piala FA menentang Perak, semalam.

Sementara itu, bekas pengurus Kedah, Datuk Paduka Ahmad Basri Akil meminta FAM memahami dilema yang dialami empat pemain terbabit sebelum memutuskan sebarang tindakan terhadap mereka.

“Kita harus sedar bahawa pembabitan pemain berkenaan dalam skuad profesional Liga M masing-masing merupakan kerjaya dan sumber hidup mereka serta keluarga.

“Bayangkan dilema mereka terpaksa hadapi apabila majikan punca sumber hidup mereka meminta mereka menyertai latihan pasukan sedangkan FAM dan jurulatih negara mahukan mereka mengikuti program latihan yang ditetapkan tanpa kompromi,” katanya.

Beliau juga menyatakan FAM turut bertanggungjawab dalam insiden ini.

“Punca kepada segala insiden ini adalah jadual klinik yang bertembung dengan jadual pertandingan pasukan dalam Liga Malaysia yang semuanya disusun serta ditetapkan oleh FAM sendiri.

“Sukar sangatkah untuk FAM mencipta jadual yang tidak bertembung? Jika FAM bayar Ian Rush mengadakan klinik di sini, FAM patut mempunyai kuasa untuk menentukan bila ia akan diadakan agar tidak bertembung dengan jadual pertandingan,” katanya.

No comments: