Saturday, March 29, 2008

Bilakah UMNO akan di muziumkan ?

'UMNO akan dimuziumkan "... kata-kata Almarhum Ust Fadzil Noor. Kemudian pengulangan UMNo pupus pula ditekankan pada hari ini melalui Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan yang menyatakan, perjuangan Islam tidak ada dalam kamus Umno sehingga mereka melakukan apa sahaja tanpa batasan agama.

Menurutnya Umno tidak mengajar penyokong dan rakyatnya mentaati Allah dan Rasulullah saw sebagaimana yang dilakukan pemimpin PAS."Kerana itu amat wajar rakyat tidak mengekalkan kuasa penuh kepada Umno,"

Justeru neraca jelas, selepas bakal Pemilihan Agong UMNO yang akan diadakan pada 16 Disember 2008 ini. Dengan Pak Lah mengungkapkan bahawa dia sudah bersedia untuk dicabar. Maknanya gendang perang sesama panglima dan hulubalang sudah bermula. Kerancakkan nya tidaklah dapat dirasai oleh rakyat teramai , namun kesannya akan 'terhidu' juga, bilamana 'gendang perang' yang diisytiharkan itu akan mengorbankan dan mencederakan para panglima, hulubalang serta lashkar mahupun para soldadunya.

Bida sudah bermula, ia telah digerakkan oleh anak raja dari Kelantan iaitu Ku Li. King atau Queen makin terasa panas kerana ramai soldadu dan askar yang akan terarah , mengarah , berarah ke kem atau bergayut di dahan yang mantap untuk dipaut. Jika sebelum-sebelum ini para hulubalang , panglima boleh bergerak atas platform menteri atau apa-apa jawatan dalam kerajaan, zaman kejatuhan tentulah memberi sedikit impak. Kita harapkan tiadalah politik wang berlaku kali ini semasa proses pemilihan ini. Cuma jika ada adalah politik wang simpanan sahaja kot. Maknanya kesukaran untuk membeli calon, menyogok perwakilan sedikit berkurangan kot, semakin mengecil kot atas dasat insaf pengajaran terus daripada kekalahan PRU ke 12 tempoh hari.

Kini , UMNo ibarat 'batang banir' kayu teras dalam hutan yang sudah 50 tahun, menuju ke arah proses pereputan. Sekarang yang ada adalah teras sahaja, kayu sekeliling semakin mereput, ditumbuhi kulat, dihurungi oleh serangga mahkluk perosak. Cuma sesekali sekali batang banir baring yang terbiar serta tidak terurus ini, nampak cantik selepas hujan , kerana batangnya ditumbuhi pelbagai jenis kulat yang berwarna warni. Selepas tiada kulat tersebut atau kulat diambil orang maka 'terdedah'lah batang banir tersebut.

Begitulah kedudukan UMNO selepas proses pemilihannya pada Disember ini. Kita akan lihat siapakah pewaris terakhir UMNO, sebelum ia menemui ajalnya secara beransur-ansur atau secara mengejut. Bagi Ust fadil Nor beliau suka UMNo mati secara beransur-ansur.











No comments: