Sunday, March 23, 2008

Najib pengecut ?

Saya tetap sokong Abdullah, Najib
22-03-2008 03:25:18 PM

PEKAN: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berikrar tetap memberikan sokongan kepada Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam usaha memulihkan semula Umno dan Barisan Nasional selepas pilihan raya umum 8 Mac lepas menyaksikan parti pembangkang menang di lima negeri dan mengekalkan pemerintahan di Kelantan


Berita dipetik di atas, Najib terlalu lembab dan nampak tidak gopoh. Cara dan stategik Najib berpolitik adalah terlalu berhati-hati, walaupun dalam penyusunan Kabinet baru lalu beliau diberi peranan, semua proksi dan penyokong setianya digugur atau disingkirkan.

Cara bertindak dan bergerak Najib membuatkan bekas mantan PM Dr M pun marah. Rakyat kini terlalu ingin cepat kemelut ini diselesaikan, pulihkan kembali negara kita. Bina semula kepimpinan yang mantap dan karismatik beliau dituntut dan dibuktikan.

Tindakan tidak berani Najib yang tidak mahu menjadi Jebat, menyebabkan masyarakat Melayu akan mencari Jebat yang lain. Syabas Ku Li, walaupun tua sayangkan UMNo dan kasih kepada UMNo walaupun apa agenda beliau tetap kita sokong. Bravo Ku Li. Najib boleh belah ....

1 comment:

Aneroid said...

ak sangat lawan pak lah... tapi takut kesnya dibongkar oleh paklah. takur khairy and the gang bongkar kes dan skandal dia. sbb tu di sanggup jd abdi pak lah.