Sunday, March 23, 2008



Lompat parti kerja orang tak bermaruah, Nik Aziz
KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata perbuatan melompat parti hanya dilakukan orang yang tidak bermaruah.

Lompat parti kerja orang tak bermaruah, Nik Aziz

KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata perbuatan melompat parti hanya dilakukan orang yang tidak bermaruah.

Sehubungan itu, beliau yang juga Mursyidul Am PAS berharap undang-undang untuk menghalang perbuatan itu terutama dalam kalangan ahli politik yang menang pada pilihan raya umum 8 Mac lepas, digubal segera.

"Memang melompat (parti) ni bukan kerja orang politik, kerja orang makan upah... Bukan manusia (kalau) boleh dijual beli ni," katanya kepada pemberita ketika menghadiri majlis kesyukuran Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Mohd Zaid Ibrahim di kediamannya di sini, pada hari Sabtu.

Nik Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Mohd Zaid yang menyarankan undangundang anti lompat parti digubal bagi mengelak perbuatan itu berlaku secara berleluasa.

Katanya, beliau sangat bersetuju dengan cadangan seumpama itu bagi mengelak wakil rakyat termasuk daripada PAS berhadapan dengan perkara seumpama itu.

Dalam perkembangan lain, Nik Aziz berharap pemimpin Barisan Nasoinal (BN) kembali bermuhasabah diri bagi melihat punca kekalahan yang dialami dalam pilihan raya umum lepas.

Dalam pilihan raya itu, PAS berjaya memenangi 26 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 45 kerusi yang dipertandingkan di Kelantan.

BN pula memenangi enam kerusi iaitu DUN Paloh dan Nenggiri di Gua Musang; Kuala Balah dan Bukit Bunga di Jeli; Kok Lanas di Parlimen Ketereh dan dan Pengkalan Kubor dalam Parlimen Tumpat selain dua kerusi Parlimen iaitu Gua Musang diwakili Tengku Razaleigh Hamzah serta Parlimen Jeli melalui Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mustapa Mohamed. BERNAMA

UMNO dan BN terdesak mencari pelbagai formula, bagi mencukup dan menyabarkan kegusaran dalam hati masing-masing, kini mereka dihantui, dirasuk serta diresepi penyakit kelam kabut dan haru biru, gelabah, tidak tentu kalu, teak keruan dan sebagainya. Moralnya mudah kerana 'kuasa' keramat ditangan seperti yang dibangga-banggakan mereka kini sudah seperti berada di hujung tanduk.

Semua senjata, ramuan , resepi dan toyol yang dibela selama 50 tahun akan kembalipusing dan putar memakan tuan. Maknanya jika dulu mereka banyak wang, wang boleh beli segala-galanya, maka dengan benda itulah yang memakan diri mereka sendiri.

Nasib kekalahan politik, mereka tertimpa-timpa kalah 5 ngeri, istana murka, MB tunjuk istana dan Pak Lah mahukan yang lain, Ku Li yang sedia mencabar Presiden, Dr Mahathir mendesak Pak Lah undur atas kekalahan UMNO BN paling teruk sejak 50 tahun merdeka. Semuanya mewarni politik negara.

Bekas MB Terengganu yang degil belum mengakhiri episod politik negara. Maka atas kesempatan ruang kita Barisan Rakyat jangan leka, ujian besar adalah menyakinkan rakyat , melaksana dan bekerja melaksanakan janji kepada rakyat cukup berat dan payah. Kita tidak mahu pimpinan kita 'kecundang' atau lena ditengah buaian mimpi dan bergerak macam merak ke hulu dan ke hilir. Masa bekerja kita kini sudah bermula, ayuh segera .....

No comments: