Sunday, March 23, 2008

Katakan Cukup kepada UMNO

Ujian paling besar bagi UMNO dan Pak Lah muktahir ini adalah bala daripada Allah. Antara biadap DAP kerana ingin atau berhasrat mahu menghapuskan DEB dengan biadap dan 'derhaka' 23 ADUN Terengganu engkar dan bantah melawan al Sultan Terengganu atas pilihan baginda mahukan Ahmad Said sebagai MB Terengganu.


Kemelut 'penderhakaan' 23 ADUN Terengganu selepas PRU 12 adalah menjadi sejarah kepada institusi beraja negara. Persoalan sekarang siapakah penderhaka nyata yang meruntuh institusi beraja di Malaysia. Walaupun apa yang dihujahkan oleh Setiausaha Agong yang baru adalah benar dari sudut perlembagaan dan benar daripada sudut perundangan adalah sesuatu yang amat menarik.

Impak besar, penderhaka sebenar adalah jelas terhadap institusi beraja negara. Momokan takutkan hilang Melayu didunia terhadap orang Cina dan India terjawab sekarang. Kini kitalah sebagai pendokong pejuang Islam mengambil peluang terbaik ini dan memberi keyakinan kepada rakyat kita sebagai penyelamat. Justeru segara fikirkan tindakan yang relevan dengan realiti ini, jangan beri sokongan kepada UMNO kerana penentang sebenar dan petualang mahupun penderhaka adalah UMNO sendiri. Maka apa lagi yang diharap kepada UMNO, bila kuasa mereka tergugat mereka bukan pertahankan raja-raja dan atau institusi beraja di malaysia. Merekalah pemusnah ketuanan Melayu dan institusi beraja.

Ujian Allah bilamana kepentingan kuasa dengan kepentingan institusi beraja, mereka selesa dan sanggup ketepikan institusi yang dihormati iaitu raja dengan memilih kuasa. Perisitiwa ini menjadi sejarah negara yang cukup besar. Ayuh kuburkan UMNO, orang UMNO sila tinggalkan UMNO talkinkan UMNO segera, apa yang diharap lagi kepada UMNO. Cukuplah sudah UMNO




Ahmad Said boleh dikenakan tindakan disiplin

PUTRAJAYA 22 Mac - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Ahmad Said yang dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru boleh dikenakan tindakan tatatertib oleh parti UMNO jika menerima jawatan tersebut.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, ini kerana pelantikan Ahmad yang dipilih oleh istana itu jelas mengingkari arahan Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahukan Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar.

Katanya, berbeza dengan prosedur pelantikan Menteri Besar Perlis, pelantikan Ahmad tidak mendapat sokongan daripada 23 ADUN Terengganu yang sebulat suara memberikan sokongan kepada Idris.

''Pelantikan Menteri Besar Perlis Datuk Dr. Mohd. Isa Sabu mendapat sokongan daripada sembilan ADUN berbanding beberapa ahli yang memberi sokongan kepada Shahidan.

''Jadi, jika Ahmad masih tetap dengan pendirian menerima jawatan ini, tindakan tatatertib parti akan dikenakan terhadapnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tengku Adnan memberikan reaksi demikian ketika diminta mengulas pengumuman pejabat Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu mengenai pelantikan Ahmad.

Tegas beliau, sebagai ahli parti, ADUN Kijal itu perlu tahu apakah akibat yang bakal diterima olehnya jika melanggar keputusan presiden.

''Sebagai ahli UMNO dan BN, kita kena akur pada keputusan presiden parti, kita kena sayang parti, negara dan bangsa melebihi kepentingan peribadi tanpa mengira etnik kita," katanya.

Ditanya mengenai tindakan kesemua 23 ADUN yang akan memulaukan Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar esok sebagai tanda protes, beliau berkata, Ahmad akan bersendirian kerana tidak disokong oleh sesiapa.

Mengulas lanjut, beliau berkata, ''Dia (Ahmad) sepatutnya ikut arahan yang diberikan oleh presiden kerana surat tauliah sudah diberikan kepada Idris untuk angkat sumpah, jadi apa yang orang lain nak cuba lobi."

Ditanya mengenai terdapat campur tangan istana dalam kemelut pelantikan Menteri Besar Terengganu, beliau memberitahu: ''Saya tidak mahu bergaduh dengan sesiapa."

Tengku Adnan menjelaskan, walaupun istana berhak melantik Menteri Besar, tetapi presiden parti yang menang majoriti boleh menamakan Menteri Besar untuk sesebuah negeri.

No comments: