Thursday, March 13, 2008

Harap tiada tekan dan tekanan, teruskan Nizar

Bagi orang yang beriman dan pejuang Islam, kemenangan Barisan Rakyat adalah satu amanah dan anugerah serta ujian Allah. Kita perlu terlalu mendabik dada, walaupun kita terpaksa menunggu begitu lama, dan kita lihat ramai pejuang yang telah pergi meninggalkan kita.

Kita , berbangga walaupun tanpa iman Penasihat DAP Lim Kit Siang akhirnya terpaksa akur. Walaupun beliau 'nampak tegas' dengan prinsipnya namun syabas kepada Pengerusi DAP Perak serta rakan-rakan yang nampak jauh daripada apa yang Lim Kit Siang nampak. Kita kalangan pejuang Islam, mahukan kuasa sebagai alat bagi melaksanakan amanah rakyat yang Allah izinkan, kita bukannya lapar serta gilakan kuasa, walaupun kita tidak diberi kesemapatan waktu ini, namaun masanya akan datang jua akhirnya, cuma perlu sabar dan terus serta terusan bekerja tanpa kenal erti jemu dan lesu, apa pun kita mahu Islam didaulatkan di mukabumi Allah, dan hanya Allah yang kita takuti dan taati.

Justeru dalam politik , pelabagai kaum dinegara kita harus tahu lenggok dan lenggangnya, ruang dan kesempatan ini adalah peluang, maka pelaung yang aa tidak wajar dilepaskan. Maka atas sikap dan sifat itu PAS Perak wajar dan perlu mendepani pejuangan rakyat. Di harap kesempatan dan ruang akan dimanfaatkan oleh Ir Nizar selaku pemikul amanah. Hendaknya pimpinan PAS Pusat tidak terlalu menekan berilah pelaung dan ruang bagi Ir Nizar serta PAS perak menurus tadbir Perak itu pemaufakatan pembangkang yang asas dan dasar tidak lari daripada perjuangan Barisan Rakyat.

No comments: