Thursday, March 13, 2008

Kata Akhbar Harian hari ini...

Kata Akhbar Melayu KOSMO .........

Pakatan tiga parti di Perak retak


BAKAL MB Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin (kanan) dan Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham ketika keluar dari Istana Kinta, Ipoh semalam.





IPOH - Tidak sampai tiga jam selepas pihak istana memperkenan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pas sebagai Menteri Besar (MB) Perak yang baru, pemimpin DAP Pusat mula menentang.

Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang membantah dan terkejut dengan pelantikan itu yang dianggapnya tidak selari dengan keputusan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang bermesyuarat pada Ahad lalu.

Ternyata, pakatan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas yang pada mulanya bersetuju menubuhkan kerajaan campuran di Perak, kelihatan sudah mula retak.

Semua ADUN DAP Perak diarahkan supaya tidak menghadiri majlis angkat sumpah Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak yang baru, dijadual berlangsung di Istana Iskandariah hari ini.

Kit Siang dalam satu kenyataan hari ini berkata, keputusan untuk melantik ADUN Pasir Panjang itu sebagai MB Perak, amat mengejutkan dan membingungkan pemimpin-pemimpin DAP.

"Memandangkan pelantikan Mohamad Nizar sebagai MB Perak itu mewakili parti politik yang ketiga yang paling kecil dalam kerajaan campuran yang dicadangkan, ia tidak mendapat mandat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP," katanya.

Justeru, wakil rakyat DAP Perak tidak akan menghadiri majlis mengangkat sumpah MB yang dijadualkan hari ini.

"Mesyuarat tergempar CEC yang diadakan di Pulau Pinang, Ahad lalu sudah memberi kebenaran untuk pembentukan sebuah kerajaan campuran Perak yang mengandungi 18 wakil rakyat DAP, tujuh wakil rakyat PKR dan enam wakil rakyat Pas," katanya.

Kit Siang yang merupakan Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, DAP bersedia menerima Pengerusi DAP Negeri dan ADUN Sitiawan, Ngeh Koo Ham atau ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi dari PKR sebagai MB Perak.

"Dalam mesyuarat CEC DAP, kami bersedia untuk menubuhkan kerajaan campuran yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAS dan sebulat suara memutuskan wakil daripada DAP atau PKR sebagai MB Perak," katanya.

"Calon MB itu ialah ADUN Sitiawan, Ngeh Koo Ham atau ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi," katanya.

Beliau juga mempertikaikan pelantikan wakil Pas walaupun merupakan parti yang sedikit memenangi kerusi dalam pakatan kerajaan campuran DAP, Pas dan PKR yang ditubuhkan itu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-12, Sabtu lalu, DAP memenangi 18 kerusi, PKR (7) dan Pas (6) dan parti-parti tersebut bergabung membentuk kerajaan campuran yang cuba menguasai majoriti mudah 31 kerusi.

Kenyataan Kit Siang jelas bertentangan dengan suara pemimpin DAP, PKR dan Pas Perak sebelum ini yang sepakat untuk akur dengan pilihan pihak istana bagi jawatan MB Perak tanpa mengira dari parti mana.

Istana Kinta malam tadi mengedarkan surat permohonan oleh ketiga-tiga parti berhubung perkara itu, selepas mendapat perkenan Sultan Perak.

Menurut jurucakap istana, ia bertujuan menjelaskan bahawa pemilihan yang dibuat oleh Sultan Azlan adalah berdasarkan keputusan ketiga-tiga parti itu sendiri yang mencalonkan tiga nama untuk dipilih.





KATA UTUSAN MALAYSIA .....



DAP pulau majlis angkat sumpah MB Perak hari ini

KUALA LUMPUR 12 Mac – Semua 18 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP di Perak diarahkan memulaukan majlis angkat sumpah pelantikan Menteri Besar baru di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar esok sebagai membantah pelantikan wakil rakyat Pas sebagai Menteri Besar negeri itu.

Penasihat DAP Pusat, Lim Kit Siang berkata, tindakan tersebut diambil kerana pelantikan Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, 51, daripada Pas yang merupakan wakil rakyat parti ketiga dan terkecil dalam kerajaan campuran itu tidak mendapat mandat daripada Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP.

“Keputusan melantik Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak mengejutkan dan membingungkan pemimpin, ahli-ahli dan penyokong DAP.

“Memandangkan pelantikan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar yang mewakili parti ketiga dan terkecil dalam kerajaan campuran itu tidak menerima mandat CEC, semua ADUN DAP Perak tidak akan menyertai majlis angkat sumpah yang dijadualkan esok,” kata Kit Siang dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Hari ini, Sultan Azlan Shah melalui Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah telah memperkenankan pelantikan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang ke-10. Beliau dijadualkan mengangkat sumpah pada pukul 4 petang esok.

Menurut Kit Siang, pihaknya bersedia menerima Pengerusi DAP Perak merangkap ADUN Sitiawan, Ngeh Koo Ham, 47, atau ADUN Behrang daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Jamaluddin Mohd. Radzi, 52, sebagai Menteri Besar.

Pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, DAP menang 18 kerusi, PKR (tujuh) dan Pas (enam) untuk mengumpul 31 kerusi iaitu lebih tiga kerusi berbanding Barisan Nasional (BN) yang memenangi 28 kerusi DUN.

Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP dalam mesyuarat tergempar di Pulau Pinang pada Ahad lalu telah memberi persetujuan kepada pembentukan kerajaan campuran di Perak yang mengandungi wakil-wakil daripada DAP, PKR dan Pas, tetapi kerajaan itu bukanlah diketuai oleh Pas.

Isu siapa bakal menjadi Menteri Besar Perak menjadi perdebatan sejak keputusan pilihan raya 8 Mac lalu diumumkan kerana Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak memperuntukkan jawatan tertinggi dalam kerajaan negeri itu mesti disandang oleh seorang Melayu yang beragama Islam.

Peruntukan undang-undang itu menyebabkan wakil rakyat daripada DAP yang hanya terdiri daripada ahli politik Cina dan India hilang peluang untuk dilantik sebagai Menteri Besar walaupun parti tersebut mempunyai bilangan kerusi DUN tertinggi.

Semalam, DAP, PKR dan Pas mengemukakan tiga nama iaitu Koo Ham, Jamaluddin dan Mohammad Nizar untuk dipilih oleh Sultan Azlan Shah.

Sultan Perak memilih Mohammad Nizar.



KATA BERITA HARIAN ....

DAP boikot MB Pas



Ir Mohammad Nizar Jamaluddin

Kit Siang arah pulau majlis angkat sumpah kerajaan campuran Perak

PETALING JAYA: Pakatan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas yang membentuk kerajaan campuran di Perak, mula goyah apabila semua 18 ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP di negeri itu mahu memboikot majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar, petang ini.

Tindakan itu diambil berikutan keputusan Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah, semalam, yang memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang merangkap Setiausaha Perhubungan Pas negeri, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, sebagai Menteri Besar Perak ke-10.

Pengerusi Suruhanjaya Perancangan Dasar dan Strategik DAP, Lim Kit Siang, berkata keputusan melantik Mohamad Nizar sebagai Menteri Besar mencetuskan kejutan dan kemarahan pimpinan, ahli serta penyokong DAP.

Beliau berkata, Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP hanya memberi kelulusan bagi pembentukan sebuah kerajaan campuran parti pembangkang di Perak dengan diketuai DAP atau PKR.

Dalam kenyataan yang disiarkan laman web DAP sejurus selepas pengumuman pelantikan Mohammad Nizar, Lim yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, mesyuarat tergempar CEC di Pulau Pinang Ahad lalu, meluluskan penubuhan kerajaan campuran di Perak merangkumi 18 Adun DAP, tujuh PKR dan enam Pas.

"DAP bersedia menerima pelantikan Pengerusi DAP Perak merangkap Adun Sitiawan, Ngeh Koo Ham atau Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dari PKR sebagai Menteri Besar.

"Pelantikan Mohammad Nizar dari Pas, parti gabungan ketiga atau yang terkecil dalam komponen kerajaan campuran itu, tidak mendapat mandat dan restu CEC. Semua Adun DAP Perak akan memulaukan majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar," katanya.

Di IPOH, pelantikan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar dimaklumkan Raja Dr Nazrin Shah yang menerima menghadap rombongan pemimpin ketiga-tiga parti itu di Istana Kinta pada jam 5 petang semalam.

Baginda juga berkenan dengan pelantikan Ngeh sebagai Timbalan Menteri Besar 1 dan Timbalan Menteri Besar 2 yang akan diisi wakil PKR yang akan dinamakan kemudian.

Mohammad Nizar dijadual mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar pada jam 4 petang ini.

Pada sidang media yang turut dihadiri Ngeh serta Pengerusi PKR Perak, Zulkifly Ibrahim dan Setiausaha DAP Perak yang memenangi DUN Pantai Remis, Nga Kor Ming, Mohamad Nizar berkata:

"Saya harap dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Raja Muda, saudara (media) memberi maklumat kepada rakyat supaya mereka faham tiada lagi rasa sangsi, tiada lagi rasa bimbang dengan kerajaan yang dipilih rakyat.

"Perubahan kepada kerajaan campuran ini adalah perubahan yang sempurna, perubahan yang licin dan perubahan yang tidak memberi apa-apa tekanan kepada masyarakat."

Beliau berkata, kerajaan campuran Barisan Alternatif (BA) dan DAP akan melaksanakan dasar memberi kebaikan kepada rakyat kerana keputusan yang hendak dibuat kerajaan adalah keputusan bersama.

"Kita mengambil kira rakyat berbilang kaum, iaitu Cina dan India dengan jawatan Timbalan Menteri Besar 1 dan Timbalan Menteri Besar 2 dari kaum Cina dan India.

"Kita ingin memberitahu rakyat Perak supaya mereka tidak berasa risau dan tidak rasa bimbang kerana ini adalah kerajaan rakyat yang merangkumi dan mewakili semua kaum terbesar di negeri ini," katanya.

Mohammad Nizar berkata, senarai nama Timbalan Menteri Besar 2 dan barisan Exco negeri akan diumumkan selepas majlis angkat sumpah, petang ini.

Adun kawasan Hutan Melintang, S Kesavan - satu-satunya wakil India daripada PKR yang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-12, Sabtu lalu, dijangka dinamakan sebagai Timbalan Menteri Besar 2.

Sementara itu, Ngeh berkata, beliau akan berbincang dengan Mohammad Nizar dan wakil rakyat lain mengenai pelantikan Exco kerana jawatan itu membabitkan banyak portfolio.

"Menteri Besar akan menamakan barisan Exco dan portfolio lain yang juga akan disandang kedua-dua Timbalan Menteri Besar," katanya.

Mengenai pelantikan wakil Pas sebagai Menteri Besar, sedangkan parti itu hanya memenangi enam kerusi DUN, Ngeh berkata perkara itu diperkenankan Raja Dr Nazrin Shah untuk melicinkan sistem penyampaian kerajaan negeri kerana kebanyakan kakitangan awam dari keturunan Melayu.

Katanya, Menteri Besar dari keturunan Melayu akan mendorong kakitangan awam berkenaan bertugas dengan sepenuh hati.





THE STAR SAY .........





Faltering talks: Perak’s Mentri Besar-in-waiting Nizar (right) talking with Perak DAP chief Ngeh after their audience with the Raja Muda of Perak. However, DAP adviser Lim Kit Siang is against Nizar’s appointment and has ordered his assemblymen to stay away from the swearing-in. The assemblyman are set to defy him. Perak crisis

The saga of who will head the coalition government in Perak has taken a dramatic turn, with DAP adviser Lim Kit Siang ordering his party assemblyman to stay away from the swearing-in of the Mentri Besar – and they have chosen to defy him.

More...

Questions over MB post as state leaders defy Kit Siang

KUALA LUMPUR: The saga of who will head the coalition government in Perak has taken a dramatic turn, with DAP adviser Lim Kit Siang ordering his party assemblyman to stay away from the swearing-in of the Mentri Besar – and they have chosen to defy him.

State DAP secretary Nga Kor Ming said the party’s elected representatives would be at Istana Iskandariah in Kuala Kangsar for the ceremony to swear in PAS’ Mohammad Nizar Jamaluddin, scheduled at 4pm today.

Lim, in a statement yesterday, said the party did not agree to Nizar’s appointment and had decided on Sunday night that the post should either be held by its state chief Ngeh Koo Ham or state PKR treasurer Jamaluddin Mohd Radzi.

The palace also issued a statement last night stating that the DAP had signed a document agreeing to accept any one of the three names proposed.

Party secretary-general and Penang Chief Minister Lim Guan Eng and other party leaders could not be reached for comments.

Kit Siang issued the statement at 7.15pm, ordering the party's 18 assemblymen to stay away but barely two-and-a-half hours earlier Ngeh publicly expressed support for Nizar after an audience with the Raja Muda of Perak Raja Nazrin Shah at Istana Kinta in Ipoh.

After the audience, Nizar, the state PAS secretary, Ngeh and Jamaluddin held a joint press conference to announce the appointments.

While Nizar was to be the Mentri Besar, Ngeh would be appointed Deputy Mentri Besar. An Indian assemblyman is to be appointed second deputy MB at a later date.

Nga said that “things were going as usual” and the DAP assemblymen would be attending the swearing-in.

Asked about the statement from the headquarters, Nga, who is also the national DAP Socialist Youth chief, said: “I don’t know. You go and ask Kit Siang.”

Kit Siang, in his statement, said the decision to appoint Nizar had “caused shock and consternation” to DAP leaders, members and supporters.

Lim, who is Ipoh Timur MP, said the party’s central executive committee (CEC) had only given the approval for the formation of a Perak coalition government comprising the 18 DAP assemblymen, seven PKR assemblymen and six PAS assemblymen.

Lim said PAS was the third and the smallest political party in the proposed coalition and, as such, the CEC had not given its mandate for the appointment of Nizar as Mentri Besar.

On Saturday, the Opposition won 31 state seats in Perak, wresting control of the state from Barisan Nasional which won 28 seats.

But the loose Opposition coalition is held together by only a three-seat majority, and two of the Opposition coalition partners – DAP and PAS – do not see eye-to-eye on a number of issues, especially in relation to forming an Islamic state.

Lim did not make it clear whether DAP was leaving the coalition.

PKR information chief Tian Chua said they were also shocked that Nizar had been selected as Mentri Besar.

“We were caught by surprise. We expected either PKR or DAP,” he said.

He added that the coalition would hold an emergency meeting today to decide its next course of action.

PAS secretary-general Datuk Kamaruddin Jaafar said he was quite disappointed that things were not going as smoothly as they should have.

“We are trying to sort this out again to save the Opposition government,” he said.

He said the irony was that PAS, DAP and PKR had made a joint announcement that they would agree to any of the three names submitted to Raja Nazrin.

“But obviously the state DAP had not checked with the national DAP,” he added.






No comments: