Thursday, March 13, 2008

Tekanan Nizar Ke 2

Kenyataan penuh Dr Syed Husin Ali mengenai pendirian PKR di Perak Cetak E-mail
Oleh Wartawan KLpos.com
Khamis, 13 Mac 2008

BERIKUTAN permintaan pemimpin-pemimpin PAS dan PKR yang ingin membaca versi penuh kenyataan Timbalan Presiden PKr Dr Syed Husin Ali. KLpos.com menyiarkan ulang kenyataan tersebut yang sebelum ini sudah dijadikan berita dengan tajuk DAP bolot 8 kerusi exco Perak, PKR ugut keluar pakatan.

----------

Pendirian Keadilan mengenai Perak

Parti Keadilan Rakyat menerima keputusan untuk melantik Ahli Dewan Undangan Negeri Perak dari PAS, Sdr. Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak.

Walaupun pada peringkat awal kami dengan tegas menekankan keperluan memilih seorang yang dapat diterima dengan baik oleh majoriti, kami kini menerima keputusan tersebut demi mempertahan semangat kerjasama antara KeADILan, PAS serta DAP dan juga untuk menjamin kestabilan serta perpaduan negeri Perak khususnya, dan negara Malaysia umumnya.

Namun, kami tidak bersetuju dengan persetujuan yang telah dibuat oleh PAS dengan DAP tentang komposisi Exco Negeri Perak di mana lapan kerusi Exco diperuntukkan untuk DAP dan dua selainnya untuk parti lain. Kami dengan ikhlas menegaskan bahawa komposisi Exco ini sepatutnya mencerminkan komposisi bilangan penduduk dan mewakili kepentingan semua kaum dengan saksama. Semua parti hendaklah peka kepada harapan serta sentimen rakyat.
Kami meminta komposisi ini dibincang semula dan sekiranya tidak diubah dengan memuaskan bagi semua pihak, KeADILan tidak akan menyertai pentadbiran negeri Perak.

Sungguhpun begitu, kami akan terus mendukung kerajaan campuran untuk negeri Perak sebagaimana yang telah kami setujui lebih awal.

Dr. Syed Husin Ali
Timbalan Presiden
Parti Keadilan Rakyat

No comments: