Friday, March 21, 2008

Cukuplah Melayu Ku !!!!

Penyakit yang ada pada UMNo dan orang UMNO. Pertama dulu jika orang Melayu mengundi DAP kata veteran UMNO Aziz Tapa siap dengan seolak maknnya dia tidak patriotik. Terbaru lebih parah dibentuk sebuah NGO Melayu antaranaya Barisan Bertindak perpaduan Melayu. Jikalah barisan bertindak ni peka dia patut wujud 18 tahun dulu semasa PAS mula memerintah Kelantan dan setidak-tidaknya tahun lepas.

Tiba-tiba sahaja bila UMNO dipukullibas maut oleh rakyat selepas PRU 12 barulah BBPM wujud. Paling malang ramai cerdikpandai Melayu yang merasakan dia Melayu terlibat sama antara Osman Bakar. Katanya sebagai orang tengah antara 25 buah NGO Melayu tanpa mengira fahaman politik untuk menyatupadukan orang Melayus serta menjaga kesucian agama Islam.

Membaca berita, dan mendengar berita adalah terlalu amat sedap dan syahdu betapa perihatin kumpulan pemimpin-pemimpin Melayu seramai 25 buah NGO yang tulus mulus bertungkus lumus bersidang untuk menyelamatkan Melayu dan diselitkan kesucian agama di belakangnya. Penulis menyokong penuh buatlah dan usaha serta ikhtiar itu adalah satu daripada resam hidup.

Namun, terkilannya penulis kenapa selepas PRU 12. Kenapa saaat ini ? Selagi tiada jawapan Melayu tidak kekal, Arab tidak kekal, Yahudi yang hebat kebanyakan Nabi Rasul adalah dari Kaum Yahudi menjadi utusan dan pesuruh Allah, jumlah bangsannya kecil sahaja di dunia. Apalah yang kita nak banggakan dengan Melayu yang berpecah, Melayu yang melawan hukum Tuhan, Melayu yang mempersendakan agama Allah, Melayu yang mengadaikan tanah air kepada Singapura (WPI), Melayu yang mengkayakan puak gerabak, Melayu yang rasuah, Melayu yang boleh dibeli dan dicucuk hidung dan Melayu yang TIDAK TAKUTKAN TUHAN.

2 comments:

Anonymous said...

biarlah mereka huru hara
kini kita sebagai kerajaan negeri harus membina negeri dengan acuan kita
mereka kini telah hampir pupus
kini rakyat malaysia telah tidak berbilang bangsa
kini kita satu bangsa berbilang keturunan
bangsa malaysia berbahsa melayu dan berketurunan melayu/cina /india
konsep parti berbilang kaum telah ketinggalan zaman
kita memperjuangkan satu bangsa mereka masih bersifat perkauman
sikap perkauman antara punca negara2 lain bertelagah
ayuh tinggalkan bn biar ia bobrok dimamah kekesalan
terlajak perahu boleh reverse
terlajak kata dan perbuatan bn yang terima akibatnya

Anonymous said...

antara sebab rukun negara itu diujudkan adlah bagi menjadikan rakyat malaysia satu kaum
tapi umno baru (umno lema zaman tengku dah diharamkan bahana tok det)telah meminggirkan tatanegara,buku tulis pun baru 4 5 bulan ni je ade dicetak semula rukunegara dan tatanegara dibelakangnya
dulu rukun negara dan tatanegara mmg ditulis di belakang setiap buku tulis sekolah
akhirnya rakyat berubah sendiri menjadi bangsa malaysia tak payah tunggu umno/bn membangsa kan dah
dan cukuplah bn memerintah sebab anda gagal sebagai umno baru
aku rasa kena haramkan dan tubuh umno gen 3 baru dia ok balik umno tu