Friday, March 21, 2008

DEB itu apa kepada kami generasi pasca merdeka

Melayu-Melayu seluruh Malaysia mengamuk kerana DAP berhasrat mahu menghapuskan DEB. Maka bangkitlah pejuang-pejuang cangkul Melayu bermula di Pulau Pinang kerana membantah betapa biadap DAP katanya kerana ingin menghapuskan DEB di Pulau Pinang.

Bagi kami, penulis yang lahir selepas pasca merdeka tidak teruja dan nampak DEB menguntungkan dan membela kami orang Melayu. Arwah bapa saya meninggal berstatus sebagai ahli UMNO, dan saya masih ingat betapa sayangnya dia kepada UMNO.

Bagi saya anak orang UMNO, bermula daripada belajar di sekolah sehinggalah ke Universiti terkini kena bayar pinjaman PTPTN. Sebulan RM190 selama 16 tahun.Maknanya di mana hak biasiswa saya sebagai anak Melayu dan bumiputera . Itu satu sahaja saya nak tanya.

Kami generasi baru memang mudah lupa, kerana penerus dasar UMNO dan negara lupakan kami dan menyusahkan kami. Semua sekarang berbayar hatta nak buang air kecil pun. Cuma tak berbayar masuk ke dalam hutan sahaja.

Oleh itu, kami tak lapar dan gilakan DEB, setakat buah sekolah dan universiti dan kami dapat masuk itu dikatakan DEB, hentikan. Setakat dapat kerja bekerja sebagai pegawai kerajaan itu di namakan DEB hentikan. Setakat membina rumah PPRT atau buat hospital itu dinamakan DEB. Hebat lagi di Thailand negara tetangga kita.

No comments: