Friday, March 21, 2008

Pandangan Ku Li Lain drp persepsi pemimpin muda UMNO

Itulah besarnya kerja Tuhan. Dariipada Tahun Merawat Kelantan oleh Pemuda UMNO. Balik oleh Allah Ku Li ‘rawat’ UMNO . Utusan meramalkan ia bakal bakal cetus pergolakan.

Tahap kesedihan dan kesediaan ahli-ahli parti yang sayangkan parti UMNO adalah cukup tinggi. Sayangnya mereka kepada parti kerana mereka adalah pembuka jalan , pengasas parti peringkat mereka di tempat mereka. Maknanya UMNO cukup sebati sinonim dengan jiwa serta kerjabuat mereka untuk berjuang memartabatkan kan bangsa.

Kebiasaan penerus dasar, atau mereka yang mengambilalaih tidak perlu bersusahpayah. Macamlah kita mewarisi harta pusaka ibubapa , zaman susah ibubapa kita tidak lalui dan rasai tentulah jiwa kita dengan jiwa ibubapa kita rasa berlainan, seandainya berbelanja atau membelanjakan wang antara kita dan bapa kita.

Ini kerana nilai sezaman perjuangan UMNO, Hidup Melayu bertukar kepada Merdeka , mana ada generasi yang bertaraf menteri ini rasai sekarang , kerana mereka hidup sezaman dengan penulis. Ku Li lain orang yang merasai jerih payah membuka, mengembag perjuangan UMNO sehingga diterima oleh rakyat. Ini bukanlah kerja mudah waktu itu kerana nilai sezamannya berbeda. Hatta medium perantaraan rakyat dan UMNO pun sudah berubah.

Ingat penulis dulu radio amat besar peranannya , apatah TV hitam putih adalah sesuatu yang cukup mahal. Hatta waktu itu mereka yang memilki dua benda ini dikira cukup hebat. Waktu ini sudah tidak bernilai lagi malah benda-benda seumapama ini boleh dimuziumkan.


Ikuti hasrat Ku Li .....

KUALA LUMPUR 20 Mac – Kesediaan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah untuk menerajui dan ‘merawat’ UMNO boleh mengakibatkan pergolakan dalam parti.

Ketua Penerangan UMNO, Senator Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, keadaan UMNO hari ini sebenarnya sudah cukup mantap selepas pengumuman Kabinet baru Selasa lepas.

‘‘Niat merawat Tengku Razaleigh (Ku Li) baik. Tetapi jangan sampai hendak melawan Perdana Menteri (Presiden) UMNO pula.

‘‘Rakyat sudah beri respons setuju kepada Kabinet baru. Tugas kita untuk bersatu padu dan terus beri sokongan kepada pucuk pimpinan baru,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam Tengku Razaleigh yang juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang telah membuat kejutan dalam sidang akhbarnya di Kota Bharu dengan mengatakan bahawa beliau bersedia bertanding sekali lagi bagi jawatan Presiden UMNO pada persidangan agung parti akan datang.

Pemimpin veteran UMNO itu berkata, jika mendapat cukup pencalonan untuk bertanding, tiada sebab baginya untuk menolak “harapan” bahagian-bahagian yang mahukan perubahan pada peringkat pucuk pimpinan.

Tengku Razaleigh juga secara terbuka menyatakan kesediaan merawat UMNO bagi memastikan parti itu tidak hilang kekuasaan dan Melayu terus dibela.

Jelas Muhammad, kenyataan Tengku Razaleigh itu membuka mata semua pihak yang tidak mahu sebarang pergolakan baru berulang di dalam UMNO.

‘‘Tengok sahaja masa lepas. Pergolakan dan pecah belah akan berlaku jika ada yang cuba bertanding dengan Perdana Menteri.

‘‘Kita tidak minat dengan pertandingan cara sebegini. Ini lebih kepada mengundang perpecahan antara kita,’’ ujarnya.

Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Sabaruddin Chik berkata, kesanggupan Tengku Razaleigh seharusnya tidak dipandang mudah semua pihak.

Oleh itu kata Sabaruddin yang juga veteran UMNO, fakta dan cara Tengku Razaleigh untuk merawat parti juga perlu diteliti semua pihak.

‘‘Kita tengok caranya merawat UMNO. Asalkan beri kebaikan kepada semua pada akhirnya,” jelasnya.

Sementara itu, veteran UMNO, Tan Sri Zaleha Ismail berkata, tentu ada jalan lain selain kesanggupan Tengku Razaleigh untuk merawat parti seperti yang diumumkan beliau semalam.

‘‘Ada cara lain untuk pulihkan parti. Mungkin cara itu lebih baik daripada kesanggupan Ku Li,” ujarnya.

No comments: