Friday, March 28, 2008

Tukar Nada Dimaafkan Tukar Raja Parah

Exco Perak yang tidak jadi. Zambry Abdul Kadir tiada idea dan isu, antara yang mahu disoalungkit 'diserang' adalah berhubung tukar nada bertukar DAP dan PAS. Semasa PRU 12 dulu kata macam tu, sekarang macam ni. Antara ya ke tidak nada yang DAP dan PAS ketengahkan Zambry sahaja yang tahu, semua orang bertanding DAP PAS PKR UMNO GERAKAN mahukan kuasa, itu adalah matlamat. Dah dapat maksudnya bila menang maka dapatlah, apa yang dipayahkan.

Sindir Zambry sindir orang yang sudah tiada kuasa. Semasa berkuasa UMNO bukan sahaja bertukar nada, tukar data, tukar ubah perlembagaan, tukar dan ubah melawan serta derhaka kepada sultan Melayu dan institusi raja-raja , bergomol sesama gu sebab mu buleh aku dak, dan paling kemuncak tukar bukan sekadar nada lawan Tuhan secara langsung dan tidak langsung, ada 000.0001 hukum hudud dalam al Quran. Tak kan jadi Melayu mudah lupa ? Maka jadilah nada mereka bertukar beraja dimata bersultankan di hati. Bukankah selama ini adalah kerja-kerja UMNO BN.


Jika nadanya betul dan tidak bertukar, tidaklah rakyat teramai 'marah' dengan mengtsunamikan serta mengerhankan masa depan UMNO BN selama 50 tahun merdeka. Moralnya bercakap soal tukar nada kita minta UMNO BN cerminkan diri, peganglah dengan tali ALlah jangan kamu bercerai berai.

Sudahlah memperlekehkan kerajaan Barisan Rakyat dan terimalah atau diamlah sahaja jika tidak bersetuju dengan perjuangan PAS. Masa untuk berubah dan PAS serta Barisan Rakyat adalah kerajaan untuk semua.


nada sahaja yang digusarkan oleh Zambry nampak lekeh dan jelas


Parti pembangkang mula bertukar nada


IPOH: Parti pembangkang terutama Pas dan DAP yang memainkan isu agama serta perkauman secara jelas untuk menawan hati pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-12 kini bertukar nada selepas memenangi pilihan raya serta menubuhkan kerajaan di Perak.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Lumut yang juga Ketua Umno Bahagian Lumut, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, berkata sebelum pilihan raya, Pas mengeksploitasi isu seperti haram bagi orang Islam memilih pemimpin daripada kalangan bukan Islam.

Beliau berkata, dua hari sebelum pembuangan undi pada 8 Mac lalu, petugas Pas mengedarkan beribu-ribu risalah di masjid dan surau dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang yang ditandingi calonnya, Mohammad Nizar Jamaluddin.


Katanya, risalah itu memetik fatwa daripada muzakarah ulama yang mengatakan haram bagi orang Islam memilih calon bukan Islam, iaitu Dr S Vasan daripada MIC yang mewakili BN.

"Tetapi, bila sudah berjaya menjadi kerajaan, beliau (Mohammad Nizar) mengatakan beliau Menteri Besar untuk semua kaum. Sekarang baru kita nampak wajah sebenar mereka.

"Saya ingin bertanya kepada Pas, apa terjadi dengan prinsip mereka untuk menubuhkan negara Islam teokratik seperti kempen mereka sejak bertahun-tahun lalu?" katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Mohammad Nizar yang memenangi DUN Pasir Panjang yang mempunyai lebih 65 peratus pengundi Melayu, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak ke-10 pada 17 Mac lalu.

Dr Zambry berkata, DAP juga memainkan isu perkauman yang ketara sepanjang berkempen dengan mengatakan kepada orang Cina bahawa satu undi kepada MCA bermakna satu undi untuk Umno.

Beliau berkata, kempen cara berkenaan menyebabkan pemisahan yang lebih jauh antara orang Cina dengan Melayu.

"Kempen Pas dan DAP ini berjaya menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan orang Islam dan bukan Islam hingga pengundi menolak calon BN," katanya.

Dr Zambry berkata, komponen BN juga boleh memainkan isu perkauman untuk meraih undi dengan menjadi juara kaum masing-masing, tetapi tidak menggunakan isu itu kerana mementingkan keharmonian dalam negara.

Beliau berkata, kini wujud perpecahan yang jelas di kalangan masyarakat mengikut parti dan kaum akibat permainan politik perkauman oleh Pas serta DAP.

"Saya melihat tugas utama kerajaan campuran DAP, Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Perak sekarang ialah menyatukan semula kaum yang terpisah-pisah mengikut fahaman politik dan agama," katanya.

No comments: