Thursday, March 20, 2008

Berapa banyak kes lapoaran polis DRM selesaikan ?

Membaca berita di bawah kes , seorang pelajar UKM dikasari serta dibuang kolej adalah sesuatu yang biasa. Bilamana pelajar berkenaan dikatakan bertindak mengedar risalah yang tentunya mengecam pihak berwajib universiti kot dalam tiada isu yang dilaporkan.

Maknanya sebagai rakyat pelajar itu berhak mendapatkan apa-apa hak yang termaktub dalam perlembagaan. Begitulah hak selaku Ketua Menteri Pualau Pinang bercakap mahu membatalkan cara pengagihan ala UMNO BN bilamana ia bercakap soal DEB yang dilaporkan DEB ala UMNO itu mahu dimansuhkan, versi DEB yang amahu dibuat ala Barisan Rakyat lebih telus dan tanpa kronisme.

Berbalik dengan kes pelajar UKM ini, penulis rasa tersenyum besar, maknnya diakhir cerita maka pelajar berkenaan pergi membuat laporan polis. Begitu juga dalam apa-apa kes pilihanraya semua ke Balai polis buat laporan polis untuk dibuat siasatan. Manka hebat polis Malaysia ni adalah daripada sekecil-kecil kes sehingga sebesar kes semua nak disiasat , malah jika diikutkan kes-kes pilihanraya 10, 11 dan 12 berapa ratus puluh ribu kes yang

maka berapa ratus dan puluh ribu yang diambil tindakan dan diselesaikan, apakah astrument kaedah yang PDRM jalankan. Maknnya PDRM bawah PM, pegaawai bertugas ikut arahan , PDRM bukan jentera kerajaan tetapi adalah alat pemerintahan UMNO . Sejauhmanakaha ia selesai.
Ali Bukhari Amir
Thu | Mar 20, 08 | 3:26:22 am MYT

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Hrkh) - Mahasiswa tahun dua kursus Sains Nuklear Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Mohd Arif Misrol baru-baru ini telah dikenakan tindakan buang kolej tanpa melalui sebarang prosiding mahkamah universiti kononnya di atas tuduhan menyebarkan risalah.

"Mejar (B) Housaini daripada pihak keselamatan universiti datang dan memaksa Arif mengaku bahawa dia memiliki risalah itu. Keengganannya mengaku dan mendesak untuk mendapatkan semula dokumen pengenalan dirinya menyebabkan Arif dikasari.

"Beliau kemudiannya telah dibawa ke Unit Tindakan Khas, pejabat keselamatan UKM (Wisma Aman) untuk disoal siasat," demikian menurut satu sumber kepada Harakahdaily.

4 Mac lalu, Pengurus Kolej Pendeta Zaa'ba beserta dengan 3 orang staf dan 2 orang AJK Kebajikan Mahasiswa (Jaksa) Kolej mendatangi Arif di biliknya.

Menurut sumber, pihak-pihak berkenaan bertindak menggeledah biliknya dan merampas 'card holder' kepunyaannya yang mengandungi kad pengenalan, kad matrik dan dokumen pengenalan diri yang lain kerana disyaki memiliki dan mengedarkan risalah haram itu.

Ekoran peristiwa itu, kata sumber berkenaan, satu laporan polis terhadap insiden tumbuk telah dibuat di Balai Polis Kajang pada 5 Mac lalu.

17 Mac lalu, Arif menerima surat penamatan penginapan kolej yang mengarahkan beliau secara serta merta mengosongkan bilik dan memulangkan kunci bilik berkuatkuasa pada hari yang sama. Bagaimanapun, surat tersebut tidak menyatakan dengan jelas mengenai kesalahan Arif.

"Surat itu juga ditandatangani Pengurus kolej tersebut dan bukannya ditandatangani oleh Pengetua sebagaimana lazimnya," kata sumber.

Tambah sumber, Arif berasa kesal di atas tindakan dan hukuman ke atas dirinya yang dilakukan oleh pihak universiti dan kolej tanpa dinyatakan dengan jelas kesalahan beliau serta tidak diberikan hak untuk membela diri di mahkamah universiti.

"Hal ini serba sedikit mengganggu tumpuannya dalam pengajian, lebih-lebih lagi berita ini ditokoktambah dan disebarkan pihak yang tidak bertanggungjawab kononnya dia akan ditamatkan pengajian dan dibuang dari universiti.

"Arif sebagai Yang Di-Pertua Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi (PMFST), berasa tindakan ini telah memburukkan imej dan reputasinya selaku pimpinan mahasiswa dan persatuan yang dipimpinnya," jelas sumber berkenaan.

Seorang pengamal undang-undang, Zulkhairi Abd Aziz berkata, berdasarkan peruntukan undang-undang, samada Akta Universiti dan Kolej Universiti atau Perlembagaan Persekutuan, ia memberikan hak kepada mana-mana mahasiswa untuk dibicarakan di mahkamah universiti dengan kehadiran Lembaga Disiplin dan Tatatertib.

"Ia juga memberikan hak kepada mahasiswa untuk membela diri dan mendapatkan akses pembelaan termasuklah mendapatkan khidmat peguam sebelum disabitkan ke atas mana-mana kesalahan. Penafian hak untuk dibicarakan kepada pelajar itu adalah perlanggaran kepada prinsip keadilan semulajadi (natural justice), di bawah undang-undang pentadbiran," katanya.

Sementara itu, Arif berkata, pihaknya memohon agar apa-apa tindakan yang mahu diambil hendaklah dilakukan selepas beliau dibicarakan di mahkamah universiti untuk memberi peluang kepadanya membela diri dan memastikan kes ini berjalan mengikut prosedur yang sepatutnya.

Selain itu, tambah sumber, komputer riba kepunyaan rakan sebiliknya, Ammar Khalis Mat Aris, pelajar tahun dua kursus Sains Laut juga dirampas semasa Arif dibawa ke Wisma Aman untuk disoal siasat.

"Rampasan ini berlaku ketika Amar tidak berada di bilik, tanpa sebarang alasan yang kukuh dan kuasa yang sah untuk mengambilnya. Ini secara tidak langsung menyulitkan Amar untuk menjalani pengajian di UKM. Suatu laporan polis di Balai Polis Kajang telah dibuat pada 6 Mac lalu berhubung insiden tersebut," katanya.

No comments: