Thursday, March 20, 2008

Media Cetak alternatif Barisan rakyat bakal terbit !!!!

Kerajaan Barisan Rakyat terbit akhbar sendiri


Bakal menghapuskan hegemoni maklumat media arus perdana

Oleh Helme Hanafi

DALAM satu langkah drastik yang realistik, Barisan Rakyat yang diterajui oleh PKR, PAS dan DAP di lima negeri termasuk Kelantan akan memulakan langkah menerbitkan akhbar mereka sendiri. Tindakan itu dipercayai sebagai tindak balas terhadap laporan tidak seimbang oleh media tempatan terhadap Barisan Rakyat.


1 comment:

Anonymous said...

aku setuju betul akhbar barisan rakyat
kalau bn ade berita harian kita buat berita rakyat
akhbar ni mesti mengeluarkan 60% kandungan nya adlah mengenai negeri2 dibawah tadbir urus kerajaan br
10% politik semasa
10% sukan
10% dunia
10% negara
dengan melebihkan mengenai kerajaan2 negeri bawah tadbir br
ia akan membuka mata rakyat di negeri2 yang belum kita miliki untuk menilai dan cemburu dengan setiap kemudahan dan kesenangan yang kita berikan kepada rakyat negeri2 ini
berita negeri ini penting bagi menangkis kenyataan yang diputar belitkan oleh akhbar2 perdana masa kini
saya juga mengharap agar akhbar ini di cetak dalam saiz harakah
kerana dengan saiz yang kecil ia mudah dibawa
pengedarannya pula harus menyeluruh
jika boleh kita cetak di setiap negeri atau di semenanjung 3 tempat percetakan di sabah 3 di serawak 3
maka akhbar ini akan dapat disampaikan dgn pantas dan berkesan
saya rasa tiada masalah untuk menyampaikan bahan2
kita ada satu balai berita pusat yang menyunting dan mengumpul berita
setelah disusun maka berita2 ini boleh lah di hantar ke mana2 kilang percetakan mengunakan internet pantas dan mudah
saya juga harap akhbar ini boleh diterbitkan sebagai akhbar terbitan tengahari atau petang
kerana dgn terbitan tengahari atau ptg kita mampu menjawap setiap tohmahan yang dilemparkan di dalam akhbar2 perdana
buat masa ini pun di malaysia tiada lagi akhbar terbitan tengahari atau petang setahu saya
kita harus mempelopori kaedah ini di malysia
sambil2 makan tengahari atau minum petang orang ramai akan punya bahan bacaan
bagi harga saya rasa rm2 kebawah adalah memadai kerana sambutan insyaallah akan melebihi pengeluaran