Wednesday, March 26, 2008

Akasi terbaik skuad Kedah --jurulatih Kedah

Maka lain pula, bagi jurulatih Kedah.....ikuti ulasan akhbar

SUKAN

Aksi terbaik skuad Kedah - Azraai


KHYRIL (dua dari kiri) menjaringkan dua gol buat pasukan Kedah dalam aksi menentang Perak kelmarin.


"AKSI menambat hati."

Itu komen jurulatih Kedah, Mohd. Azraai Khor Abdullah yang bangga melihat pemainnya membelasah Perak 5-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Darulaman, Alor Star malam kelmarin.

Menurut Azraai, walaupun skuadnya masih kehilangan beberapa tonggak utama namun mereka telah memberikan satu keputusan luar biasa untuk menambat hati ribuan penyokong yang memenuhi setiap ruang stadium.

"Kelibat pemain muda seperti Mohd. Fadzly Baharom yang berjaya mengucar-kacirkan bahagian tengah Perak yang dibarisi pemain berpengalaman telah membuktikan bahawa pasukan ini sentiasa melahirkan pemain muda yang berkaliber," kata Azraai semalam.

Jelasnya, kehadiran Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah juga telah menaikkan semangat pemain pada perlawanan itu untuk mereka terus berjuang mengekalkan kedudukan sebagai peneraju liga.

Pada perlawanan itu, gol pertama pasukan tuan rumah telah dihadiahkan oleh pertahanan Perak, S. Subramaniam pada minit ke-13, manakala empat gol lagi telah dijaringkan oleh Mohd. Khyril Muhymeen Zambri (minit ke-20 dan 27), Marlon Alex James (m-39) dan Mohd. Fadzly Baharom (m-77).

Usaha pasukan pelawat yang tidak jemu melancarkan serangan akhirnya membuahkan hasil melalui Razali Umar Kandasamy pada minit ke-71.

Dalam pada itu, Azraai berkata, kemerosotan kualiti permainan pasukannya sejak ketiadaan pemain utama seperti Victor Andrag dan Nelson Sam Martin yang dibelenggu kecederaan kini kembali meyakinkan.

"Saya gembira dengan kualiti yang dipamerkan terutamanya pemain muda yang telah memperlihatkan aksi seperti seorang pemain bola sepak profesional.

"Malah kemenangan ini juga seakan memberi amaran kepada pasukan lain yang turut berhajat memburu gelaran liga," kata Azraai lagi.

No comments: