Friday, January 04, 2008

Semua Boleh bawah Malaysia BOLEH

Baiknya kerajaan ...bila dekat dam musim pilihanraya semua BOLeH....

Kerajaan sediakan RM3 bilion untuk bantuan persekolahan

PUTRAJAYA 4 Jan. - Kerajaan mengumumkan peruntukan sebanyak RM3 bilion untuk tahun ini bagi menyediakan pelbagai jenis bantuan untuk meringankan beban ibu bapa dalam menanggung persekolahan anak-anak mereka.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, jumlah tersebut adalah membabitkan kira-kira 12 peratus daripada peruntukan mengurus tahunan iaitu 78 peratus lebih tinggi daripada peruntukan tahun lalu yang berjumlah RM1.68 bilion.

``Daripada jumlah itu, sebanyak RM343 juta diperuntukkan untuk Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin dan RM246.9 juta untuk Skim Bantuan Tuisyen (SBT) yang turut termasuk bantuan makanan kepada 478,000 pelajar.

``Langkah tersebut merupakan satu lagi komitmen kerajaan untuk memastikan tidak berlaku masalah keciciran di kalangan pelajar,'' katanya ketika menyampaikan perutusan Tahun Baru 2008 kepada warga pendidik di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Sebelum ini kerajaan telah mengumumkan bantuan buku teks percuma selain memansuhkan yuran sekolah dan peperiksaan awam bagi membantu meringankan bebanan ibu bapa dalam menanggung persekolahan anak-anak mereka.

Berikutan langkah tersebut, kerajaan terpaksa menanggung kos tambahan sebanyak RM36.7 juta bagi pemansuhan yuran sekolah; RM225 juta (yuran peperiksaan awam) dan RM300 juta setahun bagi penyediakan buku teks percuma kepada semua pelajar.

Menurut Hishammuddin, bagi mengurangkan risiko keciciran di kalangan pelajar di luar bandar dan pedalaman, kerajaan menyediakan asrama harian untuk menempatkan para pelajar tersebut.

Sehingga kini katanya, terdapat 1,397 buah asrama harian yang menempatkan lebih dari 250,000 pelajar dan pelajar tersebut turut diberikan bantuan perjalanan dan pengangkutan sebanyak RM9.1 juta.

No comments: