Friday, January 04, 2008

Selaras yuran tambahan – CAP

Isu tertunggak adalah masalah janji bayaran persekolahan percuma. Itu adalah janji dan bajet 2007, dan janji Pak Lah. Sebagai kerajaan perihatin, kerajaan berjiwa rakyat, maka rakyat berhak meminta apa yang patut diminta.

Pelbagai saranan daripada pelbagai pihak, sekarang adalah bukan masa pihak sekolah atau kementerian untuk pertahankan atau memberi penjelasan, tentang apa yang perlu dijelaskan. Sewaktu pengumuman bajet dulu, semua 'kembang hidung', (puak yang tepuk meja ramai) - termasuklah yang yang menyokong kerajaan di serata negara pelusuk kampun ceruk rantau. Sepatutnya Kementerian peneranganlah juga harus sama berperanan, selain media massa yang lain. Perhatian, sorotan ulasan, kekaburan harus dijelaskan.


Namun oleh kerana nawaitu kerjaan itu, naiwaitu tidak ikhlas, ada niat untuk kepentingan lain. Maka ALLah campakkan rasa tidak puashati kepada rakyat. tak tahulah rakayt masih nak sokong hak itu juga ... tak taulah .......


TAHUN lalu, CAP telah mengalu-alukan pengumuman oleh Kementerian Pelajaran iaitu pemansuhan yuran asas sekolah serta pemberian buku teks kepada semua pelajar sekolah secara percuma.

Namun begitu, tanggungan beban di kalangan ibu bapa sewaktu pembukaan sesi persekolahan yang baru ini bertambah disebabkan oleh yuran tambahan yang dikenakan oleh pihak sekolah yang pada dasarnya lebih tinggi daripada yuran asas ini.

Yuran tambahan ini dikenakan dalam pelbagai bentuk seperti yuran kelas motivasi, kursus komputer dan juga yuran untuk aktiviti-aktiviti kokurikulum.

Walaupun penggunaan buku kerja telah diharamkan kepada murid-murid sekolah rendah tetapi mereka masih perlu membeli buku aktiviti ataupun buku-buku tambahan yang lain.

Ibu bapa pula terpaksa berhadapan dengan kos tinggi pembelian pakaian seragam sekolah, beg sekolah, buku-buku latihan dan tambang pengangkutan ke sekolah.

Masalah ini bertambah teruk apabila ibu bapa terpaksa menanggung lebih daripada seorang anak yang bersekolah pada satu-satu masa.

Yuran tambahan ini kini di bawah budi bicara lembaga pengurusan sekolah serta di bawah bidang kuasa jabatan pelajaran negeri.

CAP menggesa Kementerian Pelajaran untuk mengambil langkah segera bagi mengawal secara langsung yuran tambahan di semua sekolah di negara ini. Yuran tambahan perlu diselaraskan dengan seragam oleh pihak sekolah dan dijelaskan kepada ibu bapa tujuan yuran tambahan dikenakan setiap kali sesi persekolahan.

CAP juga menggesa Kementerian Pelajaran untuk melarang tindakan pihak sekolah menawarkan perkhidmatan pilihan kepada pelajar sekolah seperti yuran kelas komputer.

Kanak-kanak seharusnya mempunyai hak untuk menikmati segala perkhidmatan yang ditawarkan di sekolah bantuan penuh kerajaan.

Bagi ibu bapa yang memiliki keupayaan dari segi kewangan, mereka boleh menghantar anak-anak mereka untuk mendapatkan program pendidikan tambahan di sekolah-sekolah awam.

– SM MOHAMED IDRIS

Presiden,
Persatuan Pengguna,
Pulau Pinang
.

No comments: