Namun bagi dakwaaan semua lulusan sarjana dan PhD telah membuat penipuan, hendaklah dijalankan siasatan. Cara dan gaya penulisan bagi sesebuah IPTA dengan IPTA adalah berbeda-beda. Maka atas asuhan IPTA masing-masing , berserta penyelia masing-masing atas apa pelajar hasilkan adalah terlalu subjekatif.
Manakala taraf penyeliaan oleh penyelia adalah berbeda-beda, terkadang masa penyelia itu sendiri adalah amat terhad kerana atas taraf penyelia itu, jika dia adalah seorang yang hebat dan popular maka payahlah pelajar nak buat temu janji, bukannya boleh berjumpa hari-hari macam cikgu sekolah. Itu sebagai kekangan dan masalah belajar.
Masyarakat umum melilihat itu adalah titik bengik dalam belajar dan mencari ilmu, mencari tajuk yang orang lain tak buat kajian adalah bedaah, kecualilah kajian kita mencakupi sejarah pokok ubi, sejarah pokok getah, sejarah kg kita atau salasialh keluarga kita itulah yang benar-benar tulin, tapi rujukannya kena juga mabil kajian lepas tentang sejarah salasilah atau kg.
Justeru ada pihak kata penipuan atau plagiat dia patut cermin diri. Oleh kerana kini dah ada PIPP serta mahukan jadikan negara sebagai hab pendidikan maka sibukah sekejap kita. Macamlah sibuk kita kemalangan jalanraya, tidak ada fokus untuk selama-lama ke jalanraya sebab kita ada banyak benda bukan semua benda dapat kita penuhi dalam satu masa.
PENIPUAN mendapatkan perkhidmatan 'penulis profesional' bagi menghasilkan tesis ijazah sarjana dan doktor falsafah adalah perbuatan tidak beretika dan menjejaskan kredibiliti dan integriti dunia akademik.
Tindakan berbentuk kecurangan akademik ini juga memberi kesan kepada usaha negara untuk menjadi hab kecemerlangan pendidikan di samping mencemarkan nama baik dunia akademik.
Akhbar tempatan mendedahkan ratusan pemegang ijazah sarjana dan doktor falsafah (PhD) di institusi pengajian tinggi di negara ini menggunakan penulis profesional bagi menyiapkan tesis mereka.
Penulis amat bersetuju dengan kenyataan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, Datuk Dr Sharifah Hapshah Syed Hassan Shahabudin yang menjelaskan, kegagalan menangani isu ini boleh menjejaskan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebagai hab kecemerlangan pendidikan serantau.
Gelaran doktor adalah pengiktirafan ke atas usaha individu yang berjaya menamatkan proses pengajian PhD. Proses ini sering memerlukan daya usaha intelektual mendalam. Individu yang memperoleh PhD selalunya melalui dua perkara.
Pertama, individu berkenaan perlu menguasai bidang yang dikaji secara mendalam. Kedua, memperkembangkan ilmu bidang yang dikaji.
Ijazah PhD bukan penamat kepada pencarian dan penimbaan ilmu. Malah, proses pencarian, penimbaan dan pertambahan ilmu perlu lebih giat dilakukan selepas memperoleh ijazah PhDnya.
Di samping melalui proses ke arah kematangan pencarian ilmu (melalui proses pembacaan, penyelidikan, penulisan, pembentangan, perbincangan akademik yang bersifat kritikal dan mendalam), prosedur ketat yang ditentukan oleh universiti boleh memastikan pelajar sendiri yang menulis tesisnya.
Dalam konteks mengekang senario 'mengupah penulis profesional' untuk penulisan tesis, beberapa langkah boleh dilakukan. Antaranya, pemantauan rapi penyeliaan tesis oleh penyelia (utama dan tambahan) dan pemeriksaan tesis secara profesional oleh pemeriksa tesis (dalaman dan luar).
Bagaimanapun, tidak semua universiti mempunyai sistem penilaian yang sama dalam menilai penulisan tesis sarjana dan PhD pelajar.
Universiti juga wajar melaksanakan sistem pemilihan penyelia dan pemeriksa tesis secara profesional. Sistem pembentukan jawatankuasa pemeriksaan lisan (viva-voce) yang ketat dapat membantu menentukan tahap ketulenan penulisan tesis.
Pelajar juga boleh dipantau dengan meminta mereka membentangkan perkembangan penulisan tesis.
Prosedur ketat dan sukatan pihak universiti bagi menjamin integriti akademik dalam penilaian akademik pelajar adalah sangat penting dalam mengelak penipuan pelajar sarjana dan PhD untuk mengupah 'penulis profesional'.
Penilaian yang membabitkan penulisan tesis akan dipantau oleh penyelia.
Dalam konteks ini, peranan penyelia dalam memastikan pelajar seliaannya benar-benar mengetahui bidang kajian tesisnya adalah amat penting.
Ada juga universiti yang siswazahnya diselia oleh 'sebuah jawatankuasa' daripada beberapa penyelia daripada ahli akademik yang pakar dalam bidang penulisan tesis pelajar berkenaan.
Selalunya, pihak universiti akan menyediakan lebih daripada seorang penyelia bagi seorang pelajar (penyelia utama dan dibantu oleh penyelia tambahan).
Penyelia memainkan peranan amat penting dalam menentukan ketulenan sesuatu hasil penulisan tesis pelajar.
Mereka akan memastikan pelajar seliaannya mengetahui dengan terperinci apa yang ditulis.
Ini dilakukan melalui pertemuan yang mengandungi perbincangan ilmiah dan bimbingan akademik.
Penyelia juga adalah individu yang sering memberi motivasi pelajar seliaannya apabila semangat pelajar seliaannya semakin tipis. Sering juga pelajar putus asa untuk menyiapkan tesis.
Penyelia selalunya dapat mengenal pasti ketulenan penulisan tesis pelajar seliaannya melalui perbincangan sering diadakan dengan pelajarnya.
Begitu juga melalui pembacaan hasil kerja pelajar itu. Pemantauan rapi penyelia adalah elemen utama dalam memastikan pelajar sendiri yang menghasilkan tesis itu.
Tesis yang siap ditulis oleh pelajar seterusnya akan dinilai oleh pemeriksa dalam dan luar.
Pelantikan pemeriksa yang sememangnya pakar dalam bidang tesis pelajar melalui proses pemilihan yang ketat.
Memperoleh PhD bukan sekadar menggenggam sekeping ijazah. Apa yang lebih penting ialah proses yang dilalui.
Seperti kata seorang rakan, selain dari ilmu yang diperoleh, ia mengajar banyak makna kehidupan, terutama pengorbanan yang begitu banyak sekali dilakukan dan sikap tidak boleh berputus asa.
Penipuan mendapatkan perkhidmatan 'penulis profesional' bagi menghasilkan tesis ijazah sarjana dan doktor falsafah, sekiranya benar-benar berlaku amat wajar dihentikan demi menjaga kredibiliti dan integriti dunia akademik.
PEMEGANG PhD TULEN,
Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment