Tuesday, January 01, 2008

Beri layanan sama rata dan adil pada semua agama dan bangsa

Bila puak India berkumpul demo kata perkauman, bila Himpunan BERSIH dibuat awak kata himpunan haram demntrasi jalanan dan akhir bertukar kepada pelampau agama.Bila surau puluhan rumah ibadat di roboh demi untuk pembangunan, setinggan Melayu dihalau ibarat anjing tiada satu perundingan peringkat tertinggi dibbuat bersama mereka yang terlibat. Bila kaum India tuntut terus adakan perundingan dan turut beri layanan dan perhatian serta perundingan tanpa mengambil masa yang lama.

Sepatutnya kerajaan kena berfikir dan patut fikirkan layanan sama adil, sama rata, perjumpaan sama dibuat pada semua agama, perhatian sama, dan berita dikeluarkan untuk maklumat orang ramai sama juga. jangan diselindungkan itu dan ini. Biarlah rakyat tahu, kan awak yang kata awak adalah hamba kepada rakyat, suara rakyat adalah suara keramat, mulut awak jugalah yang bercakap, awak jugalah yang sanjung dan daulatkan demokrasi, ratib awaklah yang banggakan demokrasi, awak jugalah yang tidak mahu demontrasi jalanan, awak jugalah yang tidak mahu lahir pelampau agama.

Jangalah rakyat bangun pertahankan hak agama dan amalan keagamaan masing-masing dilabelkan sebagai pelampau agama. walaupun dah banyak kali surau madrasah dirobohkan. Maka janganlah undang dan ganggu gugat had kesabaran kita.


Khir Toyo jumpa pengerusi kuil Jumaat ini

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo akan mengadakan perjumpaan dengan semua pengerusi kuil di negeri itu pada Jumaat ini bagi membincangkan masalah membabitkan rumah ibadat penganut Hindu.

Pengerusi Majlis Hindu Malaysia Datuk R.Nadarajah berkata perjumpaan di Batu Caves di sini dijangka dihadiri kirakira 800 pengerusi kuil di seluruh Selangor.

"Kami akan menggunakan peluang tersebut untuk membincangkan masalah atau isu berkaitan kuil dan berharap beliau (Dr Khir) dapat membantu kami menyelesaikannya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Nadarajah berkata sehubungan itu, satu memorandum berkaitan masalah serta isu melibatkan kuil akan diserahkan kepada Dr Mohamad Khir untuk perhatian kerajaan negeri.

Beliau yang juga Pengerusi Sri Mariamman Temple Dhevasthanam turut meminta kerjasama semua pengerusi atau wakil semua kuil sama ada yang berdaftar ataupun tidak untuk menghadiri perjumpaan yang julung kali diadakan itu.

"Kami berharap perjumpaan seumpama ini akan turut diadakan di negeri lain kerana ia peluang yang baik untuk berbincang dan menyelesaikan sebarang masalah yang timbul dengan baik," katanya. BERNAMA

No comments: