Tuesday, January 01, 2008

Pengakuan Chua : Kes DVD seks



Rasa terpanggil untuk memberi reaksi , pada malam ni adalah kerana kita semua berpeluang menonton Buliten Utama TV3. Intipati berita utama adalah kes utama penyebaran DVD Video seks Dr Chua Soi Lek, Ahli Parlimen Labis di selatan tanahair bergerak pantas. Kehangatan dan hebatnya mengundang kepada siding media petang tadi bagi memperjelaskan apa yang sudah jelas. Majlis pengakuan 7 baris dalam bahasa Inggeris dibuat katanya di pejabat MCA Bahagian Labis Johor.

Mala mini, tidak seperti kebiasaan, pelaporan berita dan pemberitaan nampak cermat cantik dan tersusun aturannya. Jika hal atau kes ini berlaku kepada mana-mana individu pembangkang tentulah belasahannya adalah luar biasa, lebih-lebih lagi jika tokoh tersebut adalah daripada PAS. Kita masih segar bagaimana kes khalwat Mat sabu dilondehkan dan disoroti bermalam-malam dengan ulasan ibarat hujan tanpa henti.

Untuk menolak Dr Chua berita mala mini, tidaklah diambil pendirian terus, sanadnya diambil pandangan Prof Koy kay Kim. Tokoh ternama dan pandangan disegani ramai. Agaknya. Ulasan prof amat rasional , kata beliau dia patut letak jawatan kerana kedudukan yang tinggi dalam masyarakat, masyrakat timur sukar menerima situasi ini. Jika beliau tidak berhenti ia akan menyusahkan parti dan cabinet serta kerajaan.Sepatutnya dia sendiri letak jaewatan. Tambah beliau jika di letak jawatan akan selesai banyak masalah.

Inilah mesej dan kunci kata serta kesimpulan. Namun simpati diperkuatkan semula dengan memberi ruang kepada ketua bahagian MCA Labis yang membuat kenyataan menyokong dan halalkan seks Chua, kerana katanya kes DVD ini adalah berlaku membabitkan pencerobohan hak kebebasan individu. Maknanya ‘halakan’ adengan seks bebas keada yag suka sama suka adalah menjadi nilai sezaman, dan diterima. Moralnya dia tetap tidak bersalah yang salah adalah individu yang berniat jahat, berkonsiparasi menjatuhkan beliau dan yang menyebarkan DVD tersebut.

Kemudian Chua diberi peluang membela diri, dengan menyatakan penyebaran dan pengambilan curi adengan seksnya adalah sebagai satu kes jenayah. Inilah caca marba nya nilai moral amalan masyarakat kita. Cara fakir pemimpin yang kita pilih macam tu, tunggulah kehancurannya?

Esok dan hari-hari mendatang kita tunggu apa kata pula kerabat BN yang lain. Vijindran dulu boleh ‘terbang’ kalau Chua tak terbang hebatlah dia.

Bagi kita rakyat, perlu melihat bagaimana reaksi orang no 1 dan 2 serta prisedan MCA. Prisedan MCA kita jangka akan pertahankan Chua, ini dah conformlah. Telahan kita Pak Lah. PM kita jarang suruh orang letak jawatan, dia suruh orang lain buat keputusan bagi pihak dia, dia akan senyap buat bodoh-bodoh sepat sahaja. Nama nak suruh dak sekali, di belakang tak taulah macam mana. Tunggu lah episode akan dating ! suspend dan menarik kan ?

No comments: