Tuesday, January 01, 2008

Ikut pandai demo lah ?

Warta Perdana RTM dilanjutkan kepada 45 minit mulai esok.... Ikutlah ZAM kan RTM untuk demo. Dulu satu jam demo tukar ke 30 minit. Terasa ke rugi, kerja cari berita kurang sikit, nak nampak tak ngarut, mari memikir rasa rugi pulok, dok buleh ngempin dak. Dah masa siket sangat.

Dok buat tak leh, nih le peluang pilihanraya ke 12 kang dah dekat. Ambik kesemapatan sokmo terus le...

Warta Perdana di RTM1 akan bersiaran selama 45 minit mulai esok dalam usaha stesen televisyen itu menyajikan lebih banyak bahan berita dan maklumat kepada para penonton.

Perubahan sempena tahun baru 2008 itu membolehkan penonton menyaksikan warta perdana dari pukul 8 malam hingga 8.45 malam, iaitu tambahan 15 minit daripada waktu siaran sekarang.

"Menariknya, ciri baru yang ditampilkan dalam pengisian kandungan berita ialah lebih banyak berita `human interest', selain berita-berita utama dalam dan luar negara, berita ekonomi, sukan dan cuaca," kata stesen TV itu dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam usahanya menjadikan Warta Perdana lebih mantap dan berinformasi, RTM akan menyampaikan lebih banyak maklumat terkini kepada penonton menerusi liputan lintas langsung selain temubual secara langsung dengan tetamu di studio bagi membincangkan isu atau topik yang mendapat perhatian ramai.

Laporan khas yang lebih terperinci akan turut dimuatkan dari semasa ke semasa, tambahnya. BERNAMA

No comments: