Saturday, January 05, 2008

Guru Oh Guru -... Usman Awang

Menonton Buliten TV3 malam ini (09/12/2008). memberi sorotan utama berkisar soal pelajaran dan pendidikan di malaysia. Maknanya keperihatinan dan perhatian peri penting mahukan institusi pelajaran ini dimartabatkan bagi mensasarkan generasi minda kelas pertama dapat diacubentukkan.

Justeru sokongan, cemuhan kecemburuan adalah lumrah. Bagi golongan guru sendiri sememanglah mereka tahu dengan apa yang mereka tanggung. Begitulah setiap kali berlaku masalah sosial kita sentiasa menunding jari kegagalan ibubapa memberi didikan, didikan agama , perhatian dan sebagai oleh pihak keluarga kepada si pesalah.

Seandainya , jika kita terlalu membela dan membandingkan kerja guru dengan disiplin pekerjaan yang lain, tentulah ia tidak sama. Lazimnya spt anak anak yang beasr kita layan dan dengar serta bincang pandangan, anak yang lebih muda kita buat itu dan ini. Jsuteru masyarakat wajarlah menerima lebih kurang timbang tara. Apa pun semuanya mahukan kesempurnaan . Itu kita nafikan. Lumrahlah bagi manusia yang bernama insan.

Pendek keta guru janganlah terlalu berduka dalam hal ini, sehingga memulaukan aktiviti-aktiviti di sekolah. Apa pun janganlah kita celaru dan keliru. Tugas anda adalah mulia. Bacalah sajak Usman Awang dan hayati liriknya Guru Oh Guru.


No comments: