Saturday, January 05, 2008

Dau nada oleh Menteri pelajaran ?



Nada Menteri Pelajaran di Purtajaya dan di Machang , Kelantan . Sepatutnya rakyat yang peka di Putrajaya, ambil isu ini dan ajar kerajaan melalui peti undi dalam PRU ke 12.Lihat bagaimana tidak hormatnya menteri pelajaran dengan rakyat yang memilih dan menaikkan nya. Sikap angkuh dan bongkak Samy Vellu ada pada menteri pelajaran. kesususahan rakyat sewajar dicari formula penyelesaian, kalau macam ni jalan penye;lesian abu jual nasi lemak tepi pasar Borong jengka pun boleh jadi menteri. maka kali ini mari kita pilih abu jual nasi lemak dekat pasar borong jengkalah, jika macam tu taraf menteri pelajaran kita. Tidak boleh menumpang pandainya.

Semasa di Machang Kelantan, kerana sesuatu sebab bercakap ditempat lain , pendirian menteri berubah-ubah pulak. Maknanya menteri lidah bercabang suka menipu rakyat atas darat dan terang-terang. Menteri bersifat mulok dan mulia di mata orang kampung dan bertidak tidak berhati perut bila balik ke bandar. Bukti sejarah jelas satuu persatu golongan ini perdayakan rakyat. Sebagai contoh lihat ketua Puteri bbila ke Kelantan semasa pilihanraya kecil Pengkalan Pasir bertudung molek, Jin isteri pak Lah bertudung juga ke kelantan. luar kelantan dan luar tempat kampung boleng aje.

Sekolah tidak boleh ambil bayaran tambahan – Hishammuddin

MACHANG 4 Jan. – Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengingatkan kepada para pegawai pelajaran daerah dan sekolah supaya memastikan bahawa dasar kerajaan yang tidak pernah mewajibkan bayaran yuran tambahan benar-benar dilaksana.

Beliau berkata, sekiranya terdapat laporan ada sekolah yang mewajibkan bayaran tambahan itu maka beliau meminta perkara tersebut dilaporkan terus kepadanya.

“Saya tidak akan maafkan mana-mana pegawai termasuk di peringkat daerah yang menyembunyikan perkara ini kerana dasar kita tidak mewajibkan para pelajar yang tidak berkemampuan membayar yuran tambahan.

“Ia situasi menang-menang, kalau mereka (ibu bapa) berani nyatakan kepada media, nyatakan kepada saya dan saya beri jaminan mereka tidak akan disenarai hitam,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Gerak Kerja Pemuda Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) di sini hari ini.

Majlis tersebut dilancarkan oleh Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Timbalan Perdana Menteri.

Hadir sama isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor; Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa dan Timbalan Pengerusi BN Kelantan, Datuk Awang Adek Hussein.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Najib berkata, kerajaan bersedia mengurangkan kadar bayaran tambahan itu termasuk yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang didakwa membebankan.

Walaupun yuran persekolahan dan peperiksaan dihapuskan, kerajaan sedar ramai ibu bapa masih terbeban dengan bayaran tambahan yang ditetapkan oleh sekolah.

Ketika diminta mengulas mengenai ada antara sekolah yang mengenakan bayaran untuk kemeja-T dan alat tulis Hishamuddin yang juga Pengerusi Pemuda BN berkata;

“Hujah itu berkisar tuduhan tertentu di mana pihak berkenaan dapat keuntungan. Saya berasa ini tidak adil untuk menyatakan berlaku secara berleluasa.

“Kalau ada pihak yang buat sama ada yuran atau tidak, ini bukan amanah, kita letakkan atas bahu pihak sekolah itu... tetap salah sama ada yuran atau tidak,” katanya.

Beliau turut menasihatkan ibu bapa yang tidak mampu membayar bayaran tambahan supaya melakukannya secara ansuran atau memohon bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM).

“Kalau tak mampu, jangan bayar... jauh sekali saya nak bebankan ibu bapa, terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman, tetapi pada masa yang sama golongan yang berupaya nak menyumbang untuk sekolah anak mereka kami tidak sekat,” katanya.

Katanya, perkara itu tidak perlu dibawa ke peringkat Kabinet kerana ia bukan satu isu besar tambahan pula Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan pekeliling bahawa ia tidak wajib dan had siling telah ditetapkan.

Tambahnya, kerajaan juga akan mengeluarkan bantuan tambahan RM2.57 bilion tahun ini bagi membantu meringankan beban ibu bapa yang tidak berkemampuan.

Terdahulu di Putrajaya, Hishammuddin turut menegaskan, pengurusan sekolah tidak boleh mewajibkan yuran tambahan tanpa persetujuan daripada ibu bapa.

Beliau sekali lagi mengingatkan bahawa bayaran tambahan itu adalah tidak wajib sebaliknya hanya dikenakan berasaskan persetujuan pihak sekolah dengan PIBG.

Serentak itu, Hishammuddin meminta ibu bapa yang tidak berpuas hati supaya membuat aduan kepada kementerian.

“Mereka yang tidak mampu seperti yang saya katakan sebelum ini akan diberi bantuan berdasarkan peruntukan tambahan yang kita sediakan.

‘‘Bagi yang tidak mampu untuk membayar sekali gus pula, mereka dibenarkan untuk melunaskannya secara ansuran. Jadi sebenarnya tidak ada isu dalam hal ini,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan perutusan Tahun Baru 2008 kepada warga pendidik di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Mengulas lanjut, menurut Hishammuddin, kementerian menyediakan talian khas 03-88888445/446/443 untuk ibu bapa membuat aduan berhubung masalah yuran atau menyalurkannya kepada Jawatankuasa Khas Penggal Persekolahan 2008 yang dipengerusikan oleh beliau sendiri.

Tambahnya, meskipun kementerian mengeluarkan pekeliling kepada semua sekolah pada Oktober lalu mengenai garis panduan amaun maksimum atau siling yang boleh dikutip daripada ibu bapa, ia bukan paksaan kepada sekolah untuk mematuhinya.

‘‘Ia hanya satu garis panduan,’’ katanya.

Paras siling atau amaun maksimum bayaran bagi sekolah rendah ialah RM38.50 manakala sekolah menengah RM55.50 yang dikenakan antaranya untuk aktiviti kokurikulum, sukan tahunan, kertas ujian dalaman, kegiatan pendidikan Islam dan Moral selain Skim Perlindungan Diri.

Terdahulu dalam ucapannya, Hishammuddin berkata, kementerian menganggarkan nilai kerosakan melibatkan 223 sekolah yang terjejas akibat banjir di Kelantan, Pahang, Johor, Kedah dan Terengganu berjumlah RM20 juta.

Beliau berkata, jumlah itu membabitkan anggaran nilai kerosakan fizikal RM12.2 juta, kerosakan perabot dan peralatan termasuk peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (RM5.6 juta) selain RM2.2 juta bagi menggantikan buku teks yang rosak.

‘‘Kelantan negeri paling teruk terjejas dengan anggaran nilai kerosakan RM9.3 juta diikuti Pahang RM9.2 juta,” katanya.




Ibu bapa jangan pandai melenting yuran sekolah mahal
05-01-2008 05:38:46 PM

PUTRAJAYA: Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini meminta ibu bapa supaya tidak hanya pandai melenting meluahkan perasaan marah mereka jika diminta bayar lebih untuk pendidikan anak-anak mereka, sebaliknya menanya diri sendiri apakah sumbangan mereka kepada pihak sekolah.

Katanya ada sesetengah ibu bapa yang tidak pernah menghadiri mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) atau mana-mana aktiviti yang dianjurkan pihak sekolah tetapi tiba-tiba melenting apabila kononya diminta membuat bayaran tambahan yang dikatakan mahal.

"Sepatutnya ibu bapa menunjukkan keprihatinan dan keikhlasan untuk membantu pihak sekolah meningkatkan prestasi anak mereka tetapi keadaan bertukar sebalinya. Saya pernah melawat sebuah sekolah Cina yang mana ibu bapa melalui PIBG menyumbang untuk membersihkan tandas-tandas di sekolah tersebut.

"Saya melihat PIBG menyediakan perpustakaan dan prasarana teknologi maklumat, ibu bapa juga proaktif, sanggup membantu sekolah dan menyediakan aktiviti yang mampu memanfaatkan pelajar," katanya selepas merasmikan Hari Keluarga Kementerian Pelajaran di Taman Wetland di sini hari ini.

Sementara itu Hishammuddin berkata beliau sudah mengingatkan pegawai pelajaran daerah dan sekolah supaya memastikan bahawa dasar kerajaan tidak pernah mewajibkan bayaran yuran tambahan benar-benar dilaksana.

Beliau berkata sekiranya terdapat laporan ada sekolah yang mewajibkan bayaran tambahan itu, maka beliau meminta perkara itu dilaporkan terus kepadanya.

Menteri itu berkata Kementerian Pelajaran tidak berniat untuk menyelaraskan yuran sekolah tambahan di semua sekolah kerana terdapat ramai ibu bapa yang berhasrat memberi lebih banyak sumbangan kepada sekolah demi kepentingan anak-anak mereka.

"Ada ibu bapa yang merupakan jutawan, mereka mampu dan mahu memberi lebih banyak sumbangan kepada sekolah. Kita tidak mahu menyekat sumbangan mereka kepada sekolah.

"Keputusan yang dibuat sekarang adalah penyelesaian menang-menang di mana ibu bapa yang mampu boleh menyumbang lebih banyak manakala mereka yang tidak mampu boleh memilih untuk tidak menyumbang," katanya lagi.

Beliau bagaimanapun menegaskan, golongan ibu bapa yang betul-betul tidak berkemampuan boleh mengambil balik yuran tambahan yang dibayar kepada pihak sekolah.

"Sumbangan RM25, RM30 kepada sekolah itu boleh diambil balik, sekolah tidak akan ditutup kerana kekurangan sumbangan tersebut. Nak minta (balik), mintalah. Itu (yuran tambahan sekolah) bukan suatu bayaran yang wajib," katanya.

Tambahanya, hanya segelintir sekolah yang mengenakan yuran sekolah tambahan secara keterlaluan manakala selebihnya mematuhi peraturan yang ditetapkan. BERNAMA

No comments: