Mereka dijangka didakwa pagi Esok di Mahkamah Jalan Duta KL pukul 8 Pagi!! suruh semua jentera dan penyokong Pas bersiap sedia mungkin mereka aka mengubah lokasi!!
Kali ini Polis menggunakan taktik Paling Kurang ajar dibawah Ismail Omar dan Musa Hassn!!!
Lawan Tetap Lawan
reformis muda
Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub menyeru semua pihak supaya menghantar sebanyak-banyak mesej pesanan ringkas (SMS) kepada saudara-mara dan rakan-rakan bagi memastikan kehadiran masing-masing untuk mengiringi mereka yang akan didakwa itu.
"Kita penuhi sekitar mahkamah Jalan Duta pagi ini bagi mengiringi sahabat dan rakan kita yang akan didakwa," katanya.
Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar pula menyeru semua ahli dan penyokong berkumpul seawal mungkin di mahkamah Jalan Duta dengan memakai t-shirt Bersih atau sekurang-kurangnya baju kuning.
"Mohamad Sabu, Tia Chua dan lain-lain ditahan semata-mata kerana menuntut pilihan raya yang adil dan bersih. Hari ini, kita buktikan solidariti kita dengan mereka. Pastikan kehadiran kita untuk mengiringi mereka dengan memakai t-shirt Bersih atau sekurang-kurangnya baju kuning," tegas beliau.
Mohamad Sabu ditangkap pihak polis di Plaza Tol Bukit Tambun, Seberang Perai Selatan, kira-kira pukul 8.45 malam tadi.
Sebelum itu, beliau dikepung oleh kira-kira enam buah kereta peronda polis berdekatan Sunway City di Ipoh ketika dalam perjalanan membawa rombongan perkahwinan anak perempuannya menuju ke rumah pengantin lelaki.
Setelah peguam Asmuni Awi yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berunding dengan polis yang mengepungnya, Pengarah Jawatankuasa Perhimpunan Aman Rakyat anjuran Bersih 10 November lalu itu telah dibenarkan pulang ke Butterworth dengan diiringi konvoi polis dan diminta menyerah diri di balai polis di sana.
Sebaik tiba di Plaza Tol Bukit Tambun, keluarga dan rakan-rakan yang mengiringi Mohamad Sabu berusaha menyekat polis dari menangkap beliau.
Bagaimanapun, dengan menggunakan kekerasan, polis pencegah rusuhan (FRU) berjaya memecahkan sekatan keluarga dan rakan-rakan Mohamad Sabu.
Oleh kerana beliau enggan turun dari keretanya, polis memecahkan cermin kereta Mohamad Sabu, merentap beliau bersama tiga yang lain di dalam kereta itu, digari seperti penjenayah lalu dipaksa ke IPD Seberang Perai Selatan.
Setelah mengetahui penangkapan itu, lebih seribu penyokong berhimpun di sekitar ibu pejabat polis daerah itu. Kira-kira separuh dari mereka ialah penyokong-penyokong berbangsa India.
Tidak lama selepas itu, Mohamad Sabu dipercayai dibawa ke Kuala Lumpur untuk dibicarakan pagi ini.
Tian Chua pula telah ditangkap oleh Ketua Inspektor Koh Fei Chew dari Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman di Pejabat Suaram di Johor Bahru, jam 5:15 petang semalam.
Kedua-dua mereka dipercayai ditangkap di bawah Seksyen 27(5)(a) Akta Polis.
No comments:
Post a Comment