Friday, November 02, 2007

Tertarik penulis dengan laporan berita TV3 yang bersiaran semalam terhadap isi kandungan Konvensyen Pertanian Kebangsaan 2007 di Allson Klana Resort Seremban. Konvensyen murni yang bertemakan "Melayu dalam Pertanian: Dulu, Kini dan Akan Datang" membariskan panelis forum pertanian yang hebat-hebat antara bekas TPM Dato Musa Hitam, Prof Diraja Pak Ungku Aziz serta tidak ketinggalan bekas KSU negara Tan Sri Arsyad Ayob, semua perbiacaraan mereka berfokuskan kepada tema 'pemikiran' atau lebih jelasnya menelusuri minda Melayu yang berfikiran sebegitu.


Ucapan dan saranan Tan Sri Arsyad Ayob lebih berjejakkan kepada minda-minda 'pelajar' semasa dibangku sekolah belajar sehingga ke peringkat universiti. Maksudnya dalam sisitem pendidikan negara para pendidik tidak memindakan para pelajar ke pelbagai dimensi dan displin lain dalam mengejar kerjaya jhidup mereka. Sebab itulah , diandaikan oleh penulis pertanian di kalangan orang Melayu tidak ada nilai tambah dan tidak dapat menjamin menjadi bidang saraan hidup serta masa depan yang gemilang dan terbilang.


Kegagalan ini, mungkin boleh dikongsi sebagai kegagalan bersama agaknya. Maka kita tidak ada apa yang kita tidak setujuinya melainkan ianya betul dan benar belaka. Secara jelasnya perancangan kerajaan itu adalah gagal ertinya dalam memindakan minda Melayu bertaraf minda kelas pertama ( semakin sepi promosinya ).


Zaman Umno Tun Mahathir, kerajaan memindakan agar masyarakat cintai dan cita-citakan ke arah industri dan kita gagah e menjelang 2020 yang di buat Wawasan Negara. Perancangan caca marba Malaysia teringatkan kata-kata anak saudara penulis yang sedang menyaipakan tesis mengenai industri pelancongan negara. Hasil kajian dan dapatan diskusi bersama penyelia beliau , masing-masing menyimpulkan 'tabiat kerajaan Malaysia atau kerajaan kita' akan buat dulu sesuatu projek itu, maka selepas itu barulah disusuli dengan kajian terhadap projek tersebut. Maka jadilah macam ketam mengajarnya anak berjalan betul.


Berbalik soal minda atau pemikiran yang dihajati oleh panelis itu, kita tidak mahu dijadikan bahan isi forum yang hanya sekadar mengisi perbincangan slot forum, ianya menjadi asas gerakan kepada kementerian Pertanian dan Asas Tani bagi menjadikan saranan golongan pemikir itu sebagai satu perjuangan kementerian sebagai agensi pelaksana. Janganlah idea yang baik itu habis sekadar di Seremban.


Namun jika kita meninjau kepada peserta yang hadir itu adalah lebih kepada sifat KOnvesyen UMNO N9. Maka jadilah ia agenda perjuangan UMNO Negeri Sembilan sahaj a yang dapat dijadikan dokumen sejarah bagi tatapan anak cucu cicit bagi melakukan kajian mereka. Harapkan biskut, tin makan biskut. Begitulah pepetah orang asli terhadap rombongan yang membawa mereka dengan hadiah biskut tetapi ambil masa yang panjang untuk sampai kerana kesukaran hubungan jalan perhubungan sehinggakan biskut yang hendak disampaikan itu bila dibuka untuk dimakan oleh mereka hanur. Maka keluarlah pepatah orang asli moden itu kepada kita.

No comments: