Saturday, November 03, 2007

BPR mahu dakwa Nik Aziz pulok ?



Terbaru dan terkini kita 'harus' dan 'wajar' berbangga dengan BPR yang berketuakan Dato Ahmad Said. Semalam dalam berita media elektronik seluruh negara BPR akan bertindak terhadap Nik Aziz jika tidak 'datang' melaporkan kes dakwaan Nik Aziz beliau pernah mahu disogok dengan jutaan ringgit.

BPR akan mengambil tindakan Undang-Undang mengikut Seksyen 17 Akta Pencegahan Rasuah 1977 iaitu jika disabitkan dengan kesalahan boleh didenda tidak melebhi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh sepuluh tahun atau kedua-duanya sekali.


Drama terbaru kita lihat bagaimana Datuk Ramli Yusuff selaku Pengarah Jabatan Jenayah Komesial Bukit Aman Semalam, Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah mendakwa Ramli di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga tuduhan iaitu tidak mendedahkan maklumat sebenar harta dan saham miliknya dan pembabitan beliau sebagai penjawat awam dalam perniagaan.


Justeru hebatlah BPR sekarang kerana seolah-olah dah dapat 'taring' baru dan kerjanya sekarang adalah 'melibas' dengan libasan baru dan akan mencari mangsa terbaru yang bersifat 'jerung putih aje ' lagak serangan. Nampaknya BPr kali ini memilih jerung putih kerana tak bertaring belaka gayanya. Jerung-jerung hitam dan jerung-jerung bergigi taring terlepas lagi begitu saja hendakknya.


Seandainya BPR mahu melibas maka BPR sudah cukup saja tnggu dan jumpa Ezam Mohd Nor pengerusi GERAK. Ezam la ni tumpu 100% kerjanya buat laporan pendedahan dan penyelewengan taikun, jerung hitam bertaring dan individu berprofail tinggi. Dato Ahmad Said dan la ni macam selebriti TV gayanya dikejar oleh semua wartawan. Bila BPR bekerja cari publisiti maka dapatlah apa yang dia nak cari deh!!!


Maka terlepas lagilah jerung bertaring seperti kata Pengerusi PAC Dato Shahrir Samad agar pembenterasan itu hendaklah jangan memangsa ikan bilis sahaja.

Perhatikan bentuk 'pemberitaan' yang diberitakan dari sumber wartawan Bernama (pusat berita nasional yang berwibawa dalam negara). Lihat sekali baca ada tak memberi implikasi negatif atau positif.

Jika kita nak ulas, adakah mungkin satu orang pemimpin islam yang sentiasa berjuang menolak habuan dunia melihat kepada cara hidup dan kehidupaan yang wajar dicontohi, jelas isi berita ini lain cara manipulasi orang Bernama yang 'ternyata' bijak dengan tipu daya dan putar belitnya. Baca berkali kali ulang dan ulang dan fikirkan aadakah ini yang 'keluar' daripada fikiran Tok Guru MB Kelantan. Kesimpulannya Tok Guru membela perasuah la dak gitu.

Rasuah RM1j: Nik Aziz tak cadang lapor BPR

KOTA BARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak bercadang untuk melaporkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) mengenai tindakan seorang peniaga yang mahu memberikan rasuah kepadanya sebanyak RM1 juta, 16 tahun lalu.

Beliau berkata selain perkara itu berlaku terlalu lama iaitu pada awal pemerintahan PAS di Kelantan dan beliau sendiri ketika itu mengakui tidak tahu tindakan yang perlu diambil berhubung kes tersebut.

"Kalau sekarang sudah tentulah (laporkan kepada BPR)...tetapi apa yang berlaku itu 16 tahun lalu di mana seorang tauke balak mahu memberikan wang RM1 juta kepada saya sekiranya saya beri kawasan balak kepada dia," katanya kepada permberita ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata sebagai seorang berpendidikan agama lebih berpegang kepada prinsip Islam melarang umatnya melakukan perkara yang bertentangan dengan agama.

"Jadi saya pegang kepada janggut saya, saya pegang kepada serban (ketayap) yang saya pakai, akhirnya dia lari (takut) tidak jadi beri rasuah kepada saya," katanya.

Isnin lalu Bernama melaporkan Nik Aziz mendakwa pernah ditawarkan rasuah bernilai jutaan ringgit daripada pihak tertentu sepanjang mentadbir Kelantan tetapi menolaknya kerana menganggap pemberi atau penerima rasuah adalah golongan rendah pemikiran.

Semalam, Ketua Pengarah BPR, Datuk Ahmad Said Hamdan telah meminta Nik Aziz supaya membuat laporan kepada pihaknya dan jika gagal berbuat demikian, Menteri Besar itu boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Seksyen 17 Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Mengulas isu itu lagi Nik Aziz berkata Islam melarang sama sekali umatnya melakukan perbuatan keji termasuk rasuah kerana konsep Islam perlu berusaha untuk mendapat wang.

"Mana ada (wang) dapat dengan mudah, mesti kena kerja tambahan lagi Islam melarang umatnya melakukan rasuah, di zaman Rasulullah SAW pun perkara yang serupa berlaku malah lebih teruk lagi," katanya.

Untuk itu, beliau mencangkan agar kerajaan Pusat menjadikan Islam sebagai asas pembentukan generasi akan datang bagi memastikan ia mencapai matlamat sebuah negara yang baik.

Mengenai pertemuan beliau dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sempena pelancaran Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) Isnin lepas, beliau berkata banyak perkara yang dicakapkan kepada pemimpin nombor satu negara itu.

"Saya ucapkan terima kasih dan akan kirim surat kepada Perdana Menteri kerana telah sudi berjumpa saya sebagai Menteri Besar," katanya.

Beliau berharap Perdana Menteri tidak menganggapnya sebagai seorang pembangkang tetapi penasihat yang memberi teguran di sebalik kelemahan yang berlaku pada pentadbiran.

"Bagi saya bukan sebagai pembangkang tetapi sebagai penasihat, dalam Islam tidak ada pembangkang tetapi penasihat, begitu juga di zaman Nabi Muhammad SAW, ianya dianggap penasihat," katanya.

"Saya sebagai penasihat...apa yang Pusat buat tidak betul saya nasihat, nak pakai atau tidak mahu pakai terserah kepada kerajaan pusat, tanggungjawab saya memberi nasihat perkara-perkara yang boleh," katanya. BERNAMA













No comments: