Sunday, November 04, 2007

Jangan Menyibuklah ZAM !!!!!!

Sejak bila pula Zam dilantik oleh BERSIH sebagai jurucakap, apa kena mengena dia pulak sibuk dengan BERSIH. macam mana dia memandai-mandai minta orang ramai tidak hadir ke Himpunan 10 November di Dataran Merdeka.



Sebenarnya Zam kena cermin diri dulu, yang diseru oleh pimpinan BERSIH adalah semua ahli PAS, PKR dan ahli 70 NGo-NGo yang bergabung bawah BERSIH. Macam mana dia sibuk dengan hal orang. Mintalah Zam tumpu dengan kempen Perhimpunan Agong UMNo 7-9 November ini, takut-takut nama dia tak dak langsung dan tak lekat langsung, tak kan nak kekal dengan senator je..

Tengok ulansan sibuk ZAM katanya , "Dalam blog tertentu, orang ramai telah diminta untuk memakai baju berwarna kuning (untuk menyertai program itu)," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan warga Kementerian Penerangan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengenai perhimpunan "Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil" yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada 10 Nov ini yang dianjurkan oleh badan bukan kerajaan dan parti pembangkang dengan para peserta diminta memakai baju kuning.


No comments: