Tuesday, October 02, 2007

UMNO bohongi lagi untuk WPI ?

Bawah jaminan Umno iaitu (bukan kerajan) akan pastikan WPI tak hilang jati diri Melayu ? Adalah satu pembohongan besarlah tu!!! Inilah bermula satu penyerahan wilayah selatan tanahair kepada Singapura. Kini sebelum WPI pun 'berapa' banyak hartanah yang jatuh ketangan rakyat Singapura, tanya terus orang Johor Selatan dan duduk buat survey sendiri di Tambak Johor.
Ikutilah kenyataan dan episod pembohongan UMNO kepada rakyat Johor khasnya dan rakyat Malaysia amnya. Kita jangan dipatuk dua kali, dan jangan kubur kita dikencing oleh cucu dan cicit kita kelak. Sila baca maklumat di bawah dan laporan akhbar tentang WPI ini dan fikir-fikirkan lah sebelum kita terlambat , ubah lah kerajaan yang ada segera. Jangan kita untung sekarung(sejabil sahaja) rugi berguni-guni !!!!!

Datuk Seri Najib Razak berkata, Umno akan memastikan pelaksanaan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di kawasan seluas 2,200 kilometer persegi di Selatan Johor selaras dengan jiwa dan naluri ahli parti itu. Sehubungan itu, katanya, Umno berdepan cabaran bagaimana parti itu boleh mengolah WPI supaya selaras dengan falsafah perjuangan parti yang mahukan pembangunan dan pemodenan tanpa menghilangkan jati diri parti dan orang Melayu terutama di Johor. “Inilah cabaran semua ahli Umno, terutama di Johor,” katanya selepas Majlis Tadarus dan Khatam al-Quran Wanita Umno Johor di Saujana, kediaman Menteri Besar Johor di sini semalam.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor; isteri Abdul Ghani, Datin Paduka Prof Dr Jamilah Ariffin; Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Ketua Wanita Johor, Datuk Halimah Mohamed Shadique, pemimpin Umno serta komponan Barisan Nasional (BN). Selepas berbuka puasa dan solat Maghrib, Timbalan Perdana Menteri menunai solat Isyak dan solat sunat tarawih sebelum berlepas ke Kuala Lumpur. Timbalan Perdana Menteri berkata, ahli parti dan orang Melayu perlu mempunyai kemampuan menjaga kepentingan Bumiputera pada peringkat negeri dan negara supaya pembangunan di WPI tidak menghakis kepentingan mereka.

“Insya-Allah, kita semua akan pastikan, iaitu Perdana Menteri dan Menteri Besar Johor yang bertindak sebagai pengerusi bersama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar serta saya sebagai pengerusi alternatif kepada Perdana Menteri akan membantu Perdana Menteri merealisasikan hasrat mengolah pembangunan itu selaras jiwa dan naluri kita sebagai ahli Umno,” katanya. Najib berkata, sejak dilancarkan November tahun lalu, WPI sudah mendapat perhatian pelabur terutama negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang baru-baru ini bersetuju melabur RM4.1 bilion membeli tanah dan kos membina infrastruktur projek bandar raya antarabangsa bersepadu di Nusajaya. “Dua malam lalu, saya bercakap dengan ketua Konsortium yang diterajui Mubadala Development Company bertindak sebagai Master Concessionaire and Land Developer (MCLD) bagi pembangunan kluster Gaya Hidup dan Santai bernilai RM1.8 bilion bahawa syarikat itu sudah melantik arkitek dan perancang pelan induk untuk memulakan kerja merealisasikan pelaburan mereka, “ katanya. Mubadala membangunkan kawasan seluas 502 hektar mengandungi Pusat Bandar Raya, Perkampungan Golf, Teluk Hiburan, Daerah Penduduk dan Perkampungan Perubatan dan Kesihatan. Al Nibras 2 Limited, iaitu dana yang dikendalikan anak syarikat Kuwait Finance House, Kuwait Finance House (Labuan) Berhad, pula bertindak sebagai MCLD bagi pembangunan kluster Kebudayaan bernilai RM1.2 bilion. Kluster di kawasan seluas 250.9 hektar itu mengandungi Perkampungan Logistik, Taman Kreatif dan Daerah Warisan. Millenium Development International Company (MDI) - syarikat Kumpulan Saraya Holdings bertindak sebagai MCLD bagi pembangunan Zon Wilayah Kewangan bernilai RM1.1 bilion di kawasan seluas 147.7 hektar.

No comments: