Tuesday, October 02, 2007

Guna Duit Sendiri Lawatan Ke Luar Negara ?

Membaca kenyataan MB Selangor bawah tajuk ...Lawatan Adun guna duit sendiri. Adalah cukup melegakan , kalau betul inilah satu pengaakuan yang jujur dan 'ikhlas' MB Selangor, dan beliau memang benar-benar berkhdmat untuk rakyat. Tapi .... kita ingin bertanya pula 'rombongan' yang sedang mengiring Pak Lah ke PBB termasuk ahli Parlimen Bera ' sedang berkampung' di New York sehingga 28 Ramadhan ( jumlah hari 13 hari berada di sana) , guna duit sendiri ? Walluhalam bilsawab ... Harap-harap mereka gunakan duit sendirilah. Lama betul Pak Lah mengkaji , mendraf, menulis dan membuat ucapan. Maklumlah beliau adalah Panglima Islam Hadhari katakan ....


Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo menafikan dakwaan kerajaan Selangor menanggung keseluruhan kos lawatan sambil belajar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) negeri itu ke Silk Road di China. Sebaliknya, beliau berkata, lawatan itu ditanggung sendiri setiap Adun yang mengikuti lawatan berkenaan. “Ini adalah lawatan sambil belajar yang digalakkan kerajaan negeri untuk membolehkan Adun di Selangor mempelajari program kecantikan dan kebersihan di tempat yang dilawati.

"Saya tidak pasti ke mana mereka pergi setiap tahun, tetapi mereka digalakkan untuk mengikuti lawatan sambil belajar seperti itu. "Ia dianjurkan Barisan Nasional (BN) negeri, tetapi mereka (Adun) perlu menanggung kos sendiri," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan bungkusan kuih raya kepada pasukan keselamatan di sini, semalam. Dr Mohamad Khir berkata, Adun Sungai Pinang, Teng Chang Khim, yang menimbulkan isu itu perlu mendapatkan fakta yang tepat sebelum membuat sebarang dakwaan.

Sebagai peguam, katanya, Teng tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti itu tanpa menyemak fakta. Beliau berkata, dakwaan Teng itu sangat memalukan dan salah. Teng yang juga ketua pembangkang mendakwa Adun BN Selangor menggunakan dana kerajaan negeri untuk mengikuti lawatan ke Silk Road dan mereka membawa bersama isteri atau suami masing-masing untuk lawatan 11 hari itu. Beliau berkata, Adun BN dan pasangan masing-masing dibahagikan kepada tiga kumpulan dan dua kumpulan pertama sudah berlepas ke China pada 21 Ogos dan 1 September manakala kumpulan kedua dijangka berlepas akhir bulan ini. Mengikut jadual perjalanan yang diperoleh Teng, lawatan itu diatur sebuah syarikat pengembaraan terkenal di Kuala Lumpur dan ia membabitkan kawasan tarikan pelancong seperti Beijing, Urumqi, Turpan, Kashi dan Guangzhou. Antara tempat pelancongan yang dilawati termasuk makam Fragrant Concubine di Kashi, Lembah Anggur dan Flaming Mountain di Turpan dan kawasan beli belah di Shangxiajiu, Guangzhou. Teng mendakwa, semua 54 Adun BN Selangor dipelawa mengikuti lawatan itu bersama isteri atau suami masing-masing, tetapi tidak pasti berapa ramai yang menyertainya. Beliau juga mendakwa, sumbernya memberitahu lawatan itu dibayar BN Selangor menggunakan dana yang diperuntukkan pejabat Menteri Besar dan agensi kerajaan negeri. "Ini menunjukkan lawatan itu sebagai hadiah kepada mereka dan ia penuh dengan acara beli-belah dan bersiar-siar," katanya.

No comments: