Tuesday, October 02, 2007


Perkhidmatan bas percuma di Seremban....Syabas Majlis Perbandaran Seremban (MPs) . Anda adalah organisasi yang perihatin dan proaktif , bila lagi MPKB, bila lagi DBKL, bila lagi DBI ? Soal kesesakan yang mengila dan gila ini amat memuncak menjelang 10 Ramdhan fasa 3 sampai. Persiapan umat Islam memperlengkapkan kelengkapan hari raya khususnya kepada anak-anak usahlah dikira. Justeru kita janganlah menyalahkan ibubapa yang saat-saat ini dan terakhir baru nak menyediakan kelengkapan, kerana manusia ini ada bermacam-macam alasan dan sebab, malah ada jenis suka tunggu saat-saat terkahir.
Semalam, dua anak beranak meninggal di Kota Kuala Muda bapanya beruisa 42 tahun dan anak lelaki 18 tahun, turun ke laut dalam keadaan cuaca tidak menentu kerana kita faham ' mahu menunaikan tuntutan' kepada anak-anak menjelang hari raya dan menjadi tanggungjawab bapa tersebut. Al Fatihah
Berbalik dengan MPs, diberitakan orang ramai yang ingin berurusan di bandar Seremban kini boleh menggunakan dua buah bas 'shuttle' secara percuma yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Seremban (MPs) mulai hari ini.Yang Dipertua MPS Datuk Abdul Halim Abdul Latif berkata selain memberi kemudahan kepada orang ramai, perkhidmatan itu bertujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas dan masalah kekurangan tempat letak kereta di kawasan pusat bandar.

"Orang ramai boleh memilih untuk meletakkan kenderaan mereka di mana-mana lokasi pengambilan penumpang dan menaiki bas 'shuttle' ke destinasi pilihan di sekitar bandar ini," katanya kepada pemberita hari ini.Perkhidmatan itu dikendalikan oleh Nadi Corp Sdn Bhd manakala kosnya ditanggung oleh MPS.Perkhidmatan itu beroperasi dari pukul 6.30 pagi hingga 8 malam.

Perkhidmatan bas itu bermula di Terminal 1 dan melalui Jalan Sungai Ujong, Jalan Tuanku Munawir, Jalan Datuk Sheikh Ahmad, Jalan Datuk Bandar Tunggal, Jalan Kapitan Tam Yeong, Jalan Datuk Hamzah, Jalan Za'aba, Jalan Gan Tam, Jalan Tuanku Antah, Muzium Negeri, Taman Seni Budaya, Jalan Labu Lama, Jalan Lintang dan kembali semula ke Terminal 1. BERNAMA

No comments: