Tuesday, October 02, 2007

Kelapa naik harga pulok !!!!

Bonus sempena Ramadhan kepada pengguna dan hari raya bakal menjelang. .....Harga kelapa pula melonjak melebihi paras siling. Apa nak buat kelapa kat Malaysia, nampak gaya kaya raya dan raya lah pemilik ladang serta pekebun kelapa khasnya , kerana mereka pun dapat bonus juga tu.. maknanya sama-sama bersyukur dan berterima kasih, boleh faedah juga.
Ikutilah laporan akhbar pada hari ini. Dalam UM dan BH tidak ada berita macam ni oi.

Baru-baru ini pengguna dikejutkan dengan harga ayam naik dengan mendadak, kini harga kelapa pula dinaikkan dengan tiba-tiba daripada tujuh sen hingga 15 sen sebiji atas alasan pembekal menaikkan harga.

Tinjauan Bernama di Pasar Chow Kit hari ini mendapati beberapa peniaga kelapa di situ telah menaikkan harga kelapa parut daripada RM3 sekilogram, harga siling yang ditetapkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), kepada RM3.50 sekilogram.

Peniaga Mazlan Hanifiah, 35, berkata pembekal kelapa mula menaikkan harga kelapa daripada 60 sen sebiji kepada 75 sen sebiji, dan harga itu berkemungkinan dinaikkan lagi.

Walaupun masih menjual kelapa parut biasa pada RM3 sekilogram, beliau menjangka terpaksa menaikkan harga santan kepada RM4 sekilogram dan harga kelapa parut putih kepada RM3.50 sekilogram."Harga kelapa yang dinaikkan oleh pembekal menyebabkan kami terpaksa menaikkan harga," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Wasri Satwi, 36, yang berniaga santan dan kelapa di pasar itu sejak 15 tahun lepas berkata walaupun masih belum menaikkan harga barangannya, beliau yakin terpaksa menaikkan harga santan kepada RM3.80 sekilogram menjelang raya nanti berikutan kekurangan bekalan.

"Bekalan mungkin tak cukup, sekarang pun saya cuma dapat 1,500 biji sedangkan saya tempah 3,000 biji," katanya, yang memperolehi bekalan kelapa dari Bagan Datoh, Perak. Dilema yang sama turut dikongsi oleh Siti Zubaidah Rajab, 30, yang menyifatkan masalah itu berpunca daripada pembekal atau orang tengah yang ingin mengaut keuntungan lebih."Saya mungkin dapat harga yang lebih murah sebab saya mengangkut kelapa dengan lori saya sendiri, tapi harganya tetap naik dari 55 sen kepada 62 sen sebiji," katanya.

Mengenai bekalan untuk hari raya, Siti Zubaidah berkata bekalan agak kurang sekarang, tapi beliau telah bersiap sedia dengan meletakkan wang cagaran kepada pembekal bagi memastikan bekalan kelapa yang cukup diperoleh untuk hari raya nanti. BERNAMA

No comments: