Tuesday, October 02, 2007

Nampaknya tidak adalah lagi kebaikan kepada orang yang mahu mendengar ceramah agama dan ceramah politik di Malaysia. Kumpulan pembangkang dinafikan haknya, jika kerajaan 'mahu perusuh' duduk di rumah, minta dalam satu bulan buat live ke rakaman ucapan ke , kuliah ke dalam mana-mana saluran media elektornik, maka perusuh-perusuh tadi tidak akan lagi berada di Batu Burok pada 8 September 2007.

Seorang lagi perusuh di Baru Buruk ditahan polis. Berita ini sungguh mengaibkan , dengan etika kewatawan yang jatuh merundum, dengan mengelapkan semua orang yang terpapar wajah mereka dalam akhbar tempoh hari sebagai perusuh. Mulia kah polis FRU, SB , dan pihak polis yang menangkap kumpulan perusuh itu tadi. Perusuh hanya sekadar mendengar ceramah politik. Bolehkan secara logik Pak Lah pada malam tu, jatuh daripada kerusi PM. Dah, kalau jawapannya begitu minta boronglah semua pak-pak mak-mak perusuh, abang-bang dan adik-adik perusuh ke Balai Polis, tak dok ke kerja polis, gi lah igat orang hok dok puasa tu lebih mulia pekerjaan mu daripada dok igat hak dengor ceramah. Dah guane ?

Polis menahan seorang lagi lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes rusuhan di Jalan Sultan Mahmud dan Batu Buruk pada malam 8 Sept lepas. Lelaki berumur 21 tahun itu yang bekerja sebagai peniaga pasar malam, ditahan di rumahnya di Kampung Kampung Padang Luar, Kuala Ibai dekat sini pada 11 malam semalam.
Gamak nye polis suka , budak ni ngangur sepak kertas, rempit motor, hisap dadah , dah niaga pasor malam dak mulia, teruk sangat ko !!!! Ke guane fikirang demo. Berot ambe nak memikir puok-puok ni ?

"Lelaki itu disyaki antara perusuh yang bertindak membaling polis dengan batu pada malam kejadian," kata Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Supt Khairi Ahrasa.Beliau berkata, pemuda berkenaan telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu di sini hari ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman selama empat hari bermula hari ini.

Setakat ini 21 daripada 46 individu yang dikehendaki polis berhubung kes membakar Jalur Gemilang dan rusuhan telahpun menyerah diri atau ditahan.

Dalam kejadian itu, lebih 600 orang dipercayai penyokong parti pembangkang bertindak liar dengan menyerang polis menggunakan pelbagai objek seperti batu, besi, bom molotov dan kayu serta membakar Jalur Gemilang setelah diarah bersurai daripada satu perhimpunan haram. BERNAMA

No comments: