Tuesday, October 02, 2007

Lihat UMNO dan orang-orang yang mendukong UMNo sentiasa dan rasakan diri mereka besar di mana-mana. Dalam kes Kafa (Persatuan Bolasepak Kelantan ) yang muflis mereka masih berdegil dan berlagak , UMNO dan FAM buat keras diri saje. Kata-kata hadis keramat Melayu , jika bertemu dengan kes seumpam ini tentulah akan keluar hentaman dan cemuhan ini iaitu ' di mana bumi dipijak di situlah langit dijunjung' Malah dalam kes ini tidak terpakai pun, malah depa ni buat-buat bodoh sombong. Kalau orang lain lama dah kena hentam, kes ini agaknya jadi isu besar media.
Berbalik dalam kes ini, tawaran yang dibuat oleh kerajaan negeri bawah PAS , makna nya tiada sentimen parti bila dah jadi kerajaan. Menunjukkan kerajaan Kelantan ini adalah kerajaan pada semualah katanya ...Nik Aziz tetap minat jawatan presiden Kafa.

Kerajaan negeri Kelantan masih membuka tawaran kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) untuk menyerahkan jawatan presiden persatuan itu kepada Menteri Besar sebagai satu cara menangani masalah kewangan yang dihadapinya.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata Kelantan masih mengharap pimpinan Kafa menimbang sekali lagi tawaran itu demi kepentingan bola sepak.
"Walaupun pernah sekali ditolak, kami harap pimpinan Kafa dapat fikir masak-masak dan timbangkanlah semula cadangan ini. Kami tidak pernah tutup cadangan ini.

"Kerajaan negeri tidak ada maksud lain selain mahu membantu meningkatkan mutu bola sepak Kelantan," katanya kepada Bernama di sini.

Takiyuddin yang juga pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia dan Presiden PBSMM Kelantan berkata kerajaan negeri mempunyai kekuatan dari segi ekonomi untuk mengendalikan persatuan itu.
Beliau berkata cadangan itu dilihat mampu memulihkan masalah kekurangan sumber kewangan yang dihadapi Kafa sejak kebelakangan ini, masalah yang secara langsung telah menjejaskan prestasi bola sepak Kelantan.
"Kelantan pernah menjadi antara negeri yang terkuat dalam sukan bola sepak, kami rasa malu bila Kelantan kini berada di belakang kerana masalah yang sepatutnya boleh diselesaikan," katanya.

Takiyuddin berkata bagi menunjukkan kesungguhan dalam hal itu, kerajaan negeri telah memperuntukkan sejumlah wang bagi membiayai pembangunan sukan bola sepak Kelantan dalam Bajet 2007.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan peruntukan lebih besar disalurkan kepada sukan itu sekiranya pengurusannya dikendalikan kerajaan negeri.

Perkara itu juga telah dimaklumkan kepada Presiden Kafa, Mohd Jazlan Yaakob dalam pertemuan yang diadakan sebelum ini.
"Kami mempunyai keupayaan untuk membayar gaji pemain dan pihak yang terlibat dengan pengurusan persatuan. Memang menjadi hasrat Menteri Besar (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) sendiri untuk membangunkan bola sepak Kelantan.

"Saya sudah bincang dengan saudara Jazlan, kalau Kafa diserahkan kepada kerajaan negeri, setakat RM1 juta tu kita boleh bagi senangsenang. Bilabila masa pimpinan Kafa boleh jumpa dengan saya untuk bincang perkara ini," katanya. BERNAMA

No comments: