Belum pun reda lagu 'Negaraku' dan 'umat Islam dihina' . Kini terbaru adalah penerusan usaha perlekehkan oleh sebuah akhbar berbahasa Tamil iaitu Tamil Makkal Osai. Sikap membantai , perlekeh, dan bangkit kemarahan adalah sengaja mengundang padah, kerana sikap. Pertama adalah sikap tidak apa bapa (di sini adalah orang yang memegang teraju negara), dengan ini peluang terbuka luas ini , dimanfaat oleh puak-puak oportunis. Ibarat dalam acara tinju, pada bila-bila masa peninju lawan akan melepas jabnya di mana ia ada peluang dan kesemapatan. Begitu juga hal dalam politik , negara dan dunia politik.
Tindakan tegas mesti diambil kepada akhbar Tamil Makkal Osai kerana menghina Nabi Isa sebagai pengajaran dan ingatan keras kepada semua media supaya lebih bertanggungjawab dalam menyiarkan bahan termasuk menjaga sensitiviti pelbagai kaum dan agama di negara ini.
Akhbar terbabit menyiarkan kartun Nabi Isa memegang botol arak dan rokok yang dilaporkan dimuat turun dari internet.
Naib Presiden PAS Ustaz Ahmad Awang berkata sikap berlembut dan lemah Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi termasuk pimpinan Umno yang lain yang menjadi punca pihak tidak bertanggunjawab semakin berani melakukan tindakan-tindakan bersifat provokasi dan menyentuh sensitiviti agama kaum lain.
"Kita mengutuk dan mendesak supaya Makkal Osai dikenakan tindakan tegas sama seperti yang dikenakan ke atas akhbar-akbar lain yang menyiarkan kartun Nabi Muhammad tempoh hari.Tindakan biadap ini tidak cukup sekadar meminta maaf," katanya ketika dihubungi.
"Umat Islam yang beriman turut percaya dan mengimani Nabi Isa sama seperti nabi-nabi lain.
"Jika ini tidak dibendung, masa akan datang ada orang yang berani menghina Nabi Musa, Nabi Ibrahim, Nabi Nuh kemudian kembali menghina Nabi Muhammad s.a.w," katanya.
Beliau juga menambah bahawa jika selama ini kerajaan mahu mengenakan tindakan berat dan tegas terhadap individu yang menghina lagu Negaraku seperti Wee Meng Chee atau dikenali 'Namewee', perkara dan hukuman yang sama juga boleh dikenakan kepada Makkal Osai yang jauh lebih buruk mencetus perasaan tidak senang penganut agama lain khususnya penganut Kristian.
"Menghina lagu negaraku tetap salah apatah lagi menghina nabi," katanya yang turut kecewa dengan sikap sambil lewa Abdullah dalam menangani isu ini. Menurut laporan akhbar hari ini,Perdana Menteri mengingatkan pihak berkenaan supaya peka dengan sensitiviti semua kaum.
“Jangan buat sesuatu yang sensitif dan tidak dapat diterima orang. Penyiaran kartun Nabi Isa itu bukan saja tak dapat diterima umat Islam, tetapi saya percaya orang Kristian juga tak dapat terima. Saya ingatkan mereka supaya menghentikan perbuatan ini,"ujar Abdullah yang dipetik berkata demikian tanpa memberi arahan tegas dan mengenakan tindakan sewajarnya kepada akhbar tamil terbabit selaku Menteri Keselamatan Dalam Negeri.
Bishop Julious Paul yang dipetik dalam Malaysia Today berkata :" Bila dua akhbar menyiarkan karikatur Nabi Muhammad awal tahun lalu, kerajaan mengambil tindakan segera dengan mengharamkan akhbar terbabit. Itu tindakan yang betul." "Dan sekarang kita ada isu ini dan mereka (Makkal Osai) juga mesti dikenakan tindakan sama sebagai pengajaran kepada yang lain," katanya.
Dalam laman terbabit juga menyiarkan pandangan Archbishop Kuala Lumpur, Dato' Murphy Pakiam, yang turut menyatakan bahawa penyiaran kartun tersebut merupakan sesuatu yang cukup menyinggung sentimen perasaan penganut Katholik
Dalam pada itu, Dewan Pemuda PAS Pusat akan menyerahkan satu memorandum kepada Abdullah di Putrajaya di pejabat Menteri Keselamatan Dalam Negeri pada 3.30 petang ini berhubung isu penghinaan Nabi Isa oleh akhbar terbabit.-Az
No comments:
Post a Comment