Tuesday, August 21, 2007

BPR siasat Air Kelantan.. Lah gilah !!!!

Berita gempar ! Alahai BPR siasat kita mahu lihat hasilnya supaya BPR dapat 'mencekup' siapakah 'dalang' yang pelakun utama kerajaan negeri Kelantan yang menyeleweng batang paip. Tentulah ' balak' nya besar jumlah dia dapat.
Teringat penulis, almarhum Ust fadzil Noor, dalam menghadapi situasi isu Maunah dulu. Akhbar-akhbar arus perdana marah kepada beliau kerana beliau mengatakan semua yang berlaku ini adalah 'sandiwara' belaka. Kalau allahyarham P Ramleee pula terkenal dengan cubaaaan...
Kita rasa kesian betul dengan pegawai-pegawai BPR terpaksa berbulan-bulan dah 'berkempung' di Kelantan . Dan kini tidak teragak-agak akan mengorek semula batang paip yang dikatakan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dah siap pasang dan tanam. Harap-harap janganlah pihak pendakwa buang kes.
Jika lah roh bertindak dan bekerja seperti yang ditunjukkan di Kelantan ini di bawa ke negeri-negeri lain, betapa kita terasa hidup seluruh rakyat terbelalah. Mari lah kita imbau kes Eric Chia dengan Perwaja Steel dah dibuang gitu, campak ke Laut Cina Selatan lagakknya. Jumlahnya sahaja boleh merudumkan negara. Kes KPN didakwa rasuah kata Peguam Negara tiada tranksaski dalam akuan bank KPN seperti yang didakwa. Maka jahatlah orang yang menuduh , maka buang kes lah kes itu.
Kerajaan Abu Nawas lah kita sekarang ni... Lakonan hebat, menang banyak anugerah terbaik kita. Juara perabih pitih rakyat, jawab lah A...... B..... C...... Jawapannya ialah ............................ . Betul sangat tu. Dapat markah penuh.

Bahan diguna baik pulih infrastruktur paip didakwa tak ikut spesifikasiKUALA LUMPUR: Badan Pencegah Rasuah (BPR) menyiasat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) berhubung penyelewengan dalam projek membaik pulih infrastruktur sistem bekalan air di Kelantan yang berharga RM600 juta.Siasatan itu dibuat selepas BPR menerima maklumat ada bahan yang digunakan bagi kerja membaik pulih infrastruktur paip lama dan menaik taraf loji bekalan air di negeri itu, tidak mengikut spesifikasi.

BPR menghantar sepasukan pegawainya ke Kelantan untuk membuat risikan mengenai perkara itu beberapa bulan lalu dan mendapati ada asas untuk siasatan terperinci dijalankan bagi mengenal pasti punca penyelewengan serta pihak yang bertanggung jawab.Sumber badan itu memberitahu Berita Harian, pegawai BPR sudah mula memeriksa dan mengambil dokumen berkaitan projek berkenaan di pejabat AKSB, di Kota Bharu serta syarikat yang diberi kontrak melaksanakannya, Rabu lalu.
“Semakan juga dibuat di Pejabat Kewangan negeri yang bertanggungjawab meluluskan pembayaran untuk projek itu. Sebahagian besar projek terbabit siap tahun lalu dengan pembayarannya sudah dibuat kepada pihak terbabit.“Selepas mengumpul maklumat lengkap daripada dokumen yang dikumpulkan, kita akan pergi ke tapak projek untuk pemeriksaan lanjut dan BPR tidak akan teragak-agak untuk mengorek semula paip sebagai bukti berlaku penyelewengan,” katanya. Awal Jun lalu, Berita Harian mendedahkan mengenai rungutan penduduk di Machang yang mengadu Loji Rawatan Air (LRA) Merbau Chondong bernilai RM65 juta, yang dibina di daerah itu gagal menyelesaikan masalah bekalan air mereka.Antara lain penduduk mendakwa, LRA Merbau Chondong yang sepatutnya mampu membekalkan sehingga 45 juta liter air sehari, tidak dapat berfungsi dengan baik kerana dua tangki simpanannya gagal menyalurkan air ke rumah, sekolah serta pejabat di kawasan itu.Pembangunan Loji LRA ialah satu daripada tujuh komponen utama projek membaik pulih infrastruktur sistem bekalan air di Kelantan, yang membabitkan kos keseluruhan RM600 juta dan dimulakan pada 2001.
Keseluruhan projek itu, yang membabitkan kerja menukar paip dan menaikkan taraf infrastruktur loji air di tujuh daerah, dilaksanakan dengan peruntukan Kerajaan Pusat menerusi Kementerian Kewangan, serta dikawal selia AKSB.Antara kawasan yang terbabit ialah Machang, Gua Musang, Kota Bharu, Jeli dan Pasir Putih.
Sementara itu, Pengarah Urusan AKSB, Fauzi Abdullahketika dihubungi di Kota Bharu, mengesahkan sekumpulan pegawai BPR mengambil beberapa dokumen berkaitan operasi mereka di pejabat syarikat pada Rabu lalu.“Mereka turut mengambil beberapa dokumen, tetapi saya tak tahu mengapa. Saya agak ia mungkin berpunca daripada bising-bising dalam akhbar baru-baru ini, dan kita akan bagi kerjasama penuh kepada BPR.“Saya tak tahu perjalanan kes ini, saya sekadar menjalankan kerja saja. Setakat ini, saya juga tidak menerima sebarang maklumat mengenai perkembangan terkini susulan tindakan mereka itu,” katanya.
Difahamkan, lima pegawai BPR itu berada selama kira-kira empat jam di Ibu Pejabat AKSB di Jalan Kuala Krai, mulai jam 9 pagi hingga 1 tengah hari. Selain mengambil dokumen, mereka turut menemui pengurus kanan dan pegawai di Bahagian Pembangunan.Pegawai BPR terbabit dikatakan turut mengambil beberapa fail berhubung projek yang dilaksanakan AKSB sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) serta satu unit pemprosesan pusat (CPU) komputer dari pejabat itu.

No comments: