Syabas dan tahniah kepada Aishah, kerana memeluk Islam dan mendapat hidayah Allah. Kita doakan suaminya akan ikut serta nanti.
Seorang guru wanita dan seorang pengurus hotel menjadi pasangan pertama di negara ini yang bercerai dengan baik di Mahkamah Rendah Syariah selepas isterinya menganut Islam. Hari ini Aishah Sandhera Abdullah @ Sandhera Debbie Kimbi, 27, dari Sibu, Sarawak, memohon mahkamah tersebut membubarkan perkahwinannya selepas bertukar agama.
Dia membuat permohonan itu menurut Seksyen 46(2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Selangor) 2003. Mahkamah meluluskan permohonan tersebut.Hakim Ghazali Ahmad memuji langkah pasangan tersebut yang membubarkan perkahwinan dengan baik-baik.
Menurut permohonan guru itu, Aishah telah berkahwin dengan Reynolds Chua Guan Teck [foto, kanan], 28, pada 5 Mei 2004. Perkahwinan mereka didaftarkan menurut Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 sebagai penganut Kristian. Pasangan itu tidak mempunyai anak.
Aishah memeluk Islam pada 2 Feb sementara suaminya masih lagi seorang Kristian. Pasangan itu tidak dibenarkan tinggal bersama menurut perundangan Islam akibat perbezaan agama.Aishah mengemukakan saman dan pernyataan tuntutan pada 1 Ogos untuk membubarkan perkahwinan mereka.
Defendan pula menfailkan petisyen perceraian pada 20 Julai di Mahkamah Tinggi Sivil Shah Alam menurut akta itu. Mahkamah itu bagaimanapun belum menetapkan tarikh untuk mendengar permohonan tersebut.
Bercakap kepada wartawan selepas itu, peguam plaintif Zainul Rijal Abu Bakar berkata kes itu menjadi duluan bagi pasangan-pasangan membubarkan perkahwinan dengan baik apabila seseorang daripada mereka memeluk Islam. Katanya, penyelesaian seumpama itu wajar digalakkan kerana ia memberi keuntungan kepada kedua-dua pihak.
Aishah sebelumnya memaklumkan kepada hakim bahawa dia akan hadir di prosiding bekas suaminya itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
No comments:
Post a Comment