Monday, August 13, 2007

Mustahilkah 40 kerusi dalam PRU 12 oleh PAS ?

Media perdana dalam berita utama, kelmarain gambarkan Presiden PAS tak tahu menahu dengan kenyataan Naib Presiden bahawa PAS mensasarkan 40 kerusi dalam PRU ke 12 yang akan datang. Berita dan pemberitaan mempelekehkan tokoh pembankang adalah menjadi mainan para pengamal media. Gerakan Islam sinonim pemimpin dan pimpinannya didungukan oleh media.
Justeru pencinta kebenaran dan ahli gerakan Islam, jangan tertipu, walaupun rata-rata hati mereka sakit. Beginilah reaksi Presiden PAS yang media gelapkan kenyataannya [ada hari ini.

Bukan sahaja 40 kerusi Parlimen, lebih banyak pun boleh - Ustaz Hadi

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS mampu memenangi lebih daripada 40 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya Barisan Nasional dan Suruhanjaya Pilihan Raya tidak berganding bahu untuk melakukan penipuan.

Katanya, PAS akan berusaha untuk memenangi lebih banyak lagi kerusi Parlimen dan ianya bukan angan-angan.

“Kita akan dapat dan bertanding lebih banyak lagi. Itu bukan angan-angan dan kita akan usaha lebih lagi, lebih banyak lagi kita dapat dan itu bergantung kepada Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat,” ujarnya kepada media di lobi Wisma Darul Iman di sini, selepas selesai Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun), hari ini.

Beliau yang juga Adun Ru Rendang berkata, pihak media perlu menyiarkan keputusan bancian SMS yang disiarkan dalam Buletin Utama TV3 kelmarin yang menunjukkan 60 peratus pengundi tidak bersetuju mengenai 'Impian PAS Tawan 40 kerusi Parlimen sebagai angan-angan Mat Jenin'.

“Tengok keputusan TV3 yang dibuat 60 peratus tidak setuju kata ‘angan-angan mat jenin’ PAS untuk dapat 40 kerusi Parlimen. Kena siar yang itu dulu, saya suka dia siarkan 60 peratus,” ujarnya lagi.

Sewaktu wartawan bertanya bahawa perkara itu bukan bukan angan-angan, beliau berkata: Itu kena siar apa yang dibuat oleh TV3 bahawa 60 peratus tidak setuju.
Khamis lalu, Naib Presiden PAS, Dato'Husam Musa mensasarkan untuk memenangi 40 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum akan datang.

Kenyataan Husam mengundang banyak reaksi pemimpin BN terutamanya Timbalan Presiden Umno, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dan Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dakwaan pemimpin BN bahawa sasaran PAS sebagai angan-angan diasaskan dengan 'kemenangan besar' mereka dalam Pilihan Raya Umum 2004.

Hakikat yang cuba dinafikan pemimpin BN adalah apa yang didakwa sebagai kemenangan besar ialah dengan persempadanan semula kawasan pilihan raya, pelbagai penipuan dan membawa pengundi hantu yang dilakukan dalam PRU 2004 khususnya di Selangor, Terengganu, Kelantan dan beberapa negeri lain. - mr

No comments: