Friday, August 03, 2007

Senangnya menteri bercakap, selalunya kerajaan yang bertanggungjawab akan membentuk satu jawatankuasa spt MAPEN, memanggil semua wakil2 berbincang bagi mendapatkan pandangan, hazaman dan bahasan hujah secara detail dan diperbaiki oleh pakar akhirnya dalam merencanakan sesuatu agenda besar.
Perkara yang sama tidak berlaku kepada NCER yang tiba-tiba sahaja dilancarkan oleh PM pada 30 Julai lepas, maka rakyat teramai teripingga2, yang ada tanah terkejut beruk kerana mereka kan 'kaya dan rayalah' sekejap. Yang broker tanah danyang mahu ke tanah berjalanlah lintah darat, dan lintah2 lain, akhirnya lintah yang dapat semua orang tahu dan faham. Bahasa akhir negara kita akan maju sebagai kesimpulan dan halallah segala tindak tanduk pemerintah.
Ikutilah pandangan saranan orang nombor dua negara

Koridor ekonomi cabaran baru Melayu
Pembangunan wilayah, termasuk wilayah ekonomi koridor utara (NCER) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 30 Julai lepas adalah lontaran cabaran kepada umat Melayu untuk mengubah nilai dan budaya mereka, kata Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata pembangunan wilayah tidak harus dinilai daripada aspek peruntukan atau dananya tetapi sejauh mana rakyat dapat memanfaatkannya.
"Ini memerlukan perubahan nilai dan budaya rakyat terutama golongan Melayu," kata Najib yang juga timbalan presiden Umno semasa merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Arau di sini hari ini.

Beliau berkata orang Melayu akan ketinggalan dalam gelombang globalisasi jika mereka hanya melihat perkembangan NCER tanpa menyahut cabaran menyertainya.

Katanya pembangunan wilayah akan diperluaskan ke koridor timur yang membabitkan Kelantan, Terengganu dan Pahang tidak lama lagi.

Timbalan Perdana Menteri berkata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah merealisasikan perjuangan Umno selama ini dengan mewujudkan pembangunan wilayah dan Perlis adalah antara empat negeri yang memperoleh manfaat daripada NCER selain Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak.
Najib turut mengingatkan pemimpin Umno supaya tidak memperdagangkan parti semata-mata untuk meraih kepentingan peribadi.
Beliau berkata mereka perlu meletakkan kepentingan parti dalam perjuangan politik bagi memastikan Umno terus kuat dan dihormati.

Umno yang menunjangi kekuatan Barisan Nasional (BN) adalah parti yang perlu berkuasa di negara ini kerana parti-parti pembangkang tidak lagi relevan kepada negara dan rakyat, katanya.

Sebagai contoh, beliau berkata parti Pas tidak lagi relevan kerana ia membawa pemikiran yang sempit.

"Selama 17 tahun (PAS memerintah) Kelantan tak ke mana di bawah Pas. Tak ada sesuatu yang boleh kita bangga," katanya.

Beliau menyifatkan Perlis sebagai kubu kuat Umno serta BN dan mengingatkan pemimpin parti itu supaya terus memastikan Umno bertambah kukuh di negeri ini.

Mengenai Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Najib berkata ia bukan sekadar konsep luaran sahaja tetapi lebih kepada pengisian dalam pengurusan harian.

Beliau berkata Islam tidak memerlukan orang yang berani mati, sebaliknya orang yang berani hidup untuk membawa kemajuan. BERNAMA

No comments: