Monday, August 13, 2007

Gaya hidup mewah - Mantan AGP

Maka bekas Ketua Polis Negara (KPN) , berbunyi gaya hidup mewah , 40 peratus pegawai kanan PDRM boleh ditahan ? Justeru adalah benda yang tidak kena. Oleh itu, kata Peguam Negara , yang semua orang tahu , suka sangat tutup dan tiada bukti pendakwaaan, menggamabarkan institusi penguatkuasa kita 'semakin parah'.
Maka wajarlah , PAS mendesak Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi agar segera bertindak bagi mengatasi masalah rasuah yang berleluasa dalam Polis DiRaja Malaysia(PDRM).

Integriti dan kredibiliti polis terus menjunam dengan pendedahan salah laku polis oleh pelbagai pihak. Wajarlah segera dipulihkan, sebelum kepercayaan rakyat hilang dan negara sedang berada 'ambang kehancuran'.

Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaafar berkata, Perdana Menteri selaku Menteri Keselamatan dalam Negeri sepatutnya segera menangani masalah ini untuk mengelakkan ia terus merebak .

Beliau memberi komen mengenai kolum Tun Hanif Omar di dalam akhbar 'The Star' semalam, 12 Ogos yang mengenengahkan isu amalan rasuah yang kian membarah di kalangan anggota PDRM ketika dihubungi Harakahdaily pagi tadi.

Dalam tulisannya,Tun hanif menegur dua badan yang berautoriti dalam negara iaitu Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Badan Pencegah Rasuah (BPR).
"Ia merupakan satu situasi yang sangat teruk apabila mantan Ketua Polis Negara sendiri menyuarakan korupsi yang berlaku dalam institusi yang mempunyai kredibiliti tinggi tersebut yang kini beliau sendiri telah ragu-ragu bahkan imej beliau turut tercalar dengan gejala yang tidak sihat ini," jelas Kamaruddin kepada Harakahdaily.

Tun Hanif mengecam hebat amalan rasuah yang terlalu menular di kalangan anggota PDRM.
Beliau berpandangan bahawa siasatan tidak perlu dilakukan ke atas pegawai tinggi polis hari ini untuk mengenalpasti kebenaran dakwaan tersebut kerana cukup dengan hanya melihat kepada gaya hidup mewah mereka, ia jelas terbukti.

Tun Hanif yang juga mantan pegawai tertinggi PDRM berkata, senario ini mungkin akan menjadi perbualan yang menghinakan, di samping boleh memusnahkan karier serta maruah seorang pegawai polis.

Beliau juga turut dimaklumkan oleh pegawai kanan PDRM dan BPR bahawa 40 peratus pegawai kanan PDRM boleh ditahan tanpa sebarang siasatan hanya berdasarkan kepada gaya hidup mereka yang mewah.

"Hal ini amat memalukan!" ujarnya lagi.

Menurut beliau, berdasarkan sumber maklumat dalaman, PDRM kini mempunyai dua 'team' iaitu team yang akan menangkap penjenayah tidak mengira bentuk jenayah yang dilakukan termasuk ketua kongsi gelap dan satu team lagi akan menyiasat polis yang menangkap penjenayah tersebut kemudian melepaskan mereka.

Tambahnya lagi, kedua-dua team tersebut masing-masing diketuai oleh Ketua Polis Negara dan seorang pengarah polis di Bukit Aman yang disokong oleh Timbalan Menteri.

Sungguhpun begitu, apabila kedua-dua pihak ini disiasat oleh BPR mereka dilepaskan dengan mudah.

"Ini menunjukkan bahawa Tun Hanif berpandangan seolah-olah BPR bersubahat dengan kedua-dua pihak tersebut, dan beliau juga turut mencurigai integriti BPR yang kini tidak boleh dipercayai," ujarnya. - mks.

No comments: