Sunday, August 19, 2007

Malaysia Bukan Negara Sekular Atau Teokrasi, Kata PM

Maka terserlahlah jiwa hati nurani Pak Lah yang diwarni sebagai cucu ulama besar, satu ketika dulu. Cakap-cakapnya mengenai negara dan negara pimpinannya menunjukkan dia memang tak tahu. Sebagai seorang pemimpin dia tidaklah boleh berpura-pura tidak tahu dan tidak ada apa-apa terhadap negara yang dipimpinnya. Satu detika, satu ucap , satu suruhan, hatta satu tindakan beliau menjadi rujukan dan sejarah berharga negara. Inilah yang akan dipegang sebagai landasan rakyat.
Maka sedar atau tidak sedar Pak Lah terhadap apa yang dipimpin, cukup memberi kesan dan bekas. Maka ungkapan atau catatn memori kata-kata beliau seperti dilaporkan iaitu , beliau menegaskan bahawa Malaysia bukan sebuah negara sekular mahupun teokrasi sebaliknya sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen.
Beliau berkata kerajaan di negara ini mengamalkan ciri-ciri pemerintahan yang melambangkan komposisi penduduknya yang berbilang kaum dan agama."Kita bukan negara sekular. Kita juga bukan negara teokrasi seperti Iran dan Pakistan yang Pas mahukan tetapi kita sebuah kerajaan berasaskan demokrasi berparlimen," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program bersama rakyat di Institut Perguruan Tuanku Bainun di sini.
Beliau berkata kerajaan yang ada di negara ini sekarang merupakan sebuah kerajaan yang bertanggung jawab sama ada kepada rakyat mahupun negara dan ia diperintah bersama oleh pemimpin daripada semua kaum dan agama di bawah payung Barisan Nasional."Kita terdiri daripada agama Islam, Buddha, Hindu, Kristian dan semua sama-sama bermuafakat, berbincang untuk menghasilkan dasar-dasar pembangunan negara," katanya.
Perdana Menteri berkata formula yang diguna pakai itu telah terbukti mampu memacu kemajuan negara dalam tempoh 50 tahun lalu."Itulah negara kita yang maju dalam bentuk formula kita sendiri yang telahpun diuji dan teruji 50 tahun lamanya dan telahpun berjaya hari ini," katanya.Abdullah berkata beliau tidak nampak mengapa kerajaan seperti ini tidak dapat terus maju pada masa akan datang iaitu sehingga Malaysia meraikan ulang tahun kemerdekaannya yang ke-100 tahun kelak.
Yang beliau kagum dan 'menjadi wirid' beliau adalah kemajuan ' fizikal ' walaupun kemajuan spiritual sudah menuju 'kehancuran' .

No comments: