Friday, August 03, 2007


Lelaki dipenjara dua bulan curi keju RM24..60
Bayangkan hukuman kepada penyeleweng Perwaja, bagaiamankah hukumannya? Bandingkan juga pemusnah BMF, penyeleweng tabung Haji, peniaga mata wang. HUkuman apakah yang 'mereka' jalankan.
Rakyat kini melihat undang -undang ibarat sarang labah-labah. Tunggulah negara kita menuju kepada kehancuran.!!!!!

Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang pemasang mozek atas tuduhan mencuri tiga bungkus keju tiga bulan lepas.

Majistret Manira Mohd Noor memerintahkan Lim Kok Boon, 40, menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh ia ditangkap iaitu pada hari kejadian.

Manira juga mengarahkan Lim menjalani hukuman penjara 20 hari setelah mengaku bersalah gagal menunjukkan kad pengenalan ketika diperiksa oleh pihak berkuasa. Kedua-dua hukuman berjalan serentak.

Lim dari Taiping, Perak mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di 7-Eleven Time Square, Jalan Imbi di sini pada 6.40 petang, 23 Mei lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda.

Tertuduh yang berpendapatan RM60 sehari mengaku terdesak melakukan perbuatan tersebut.
Lim yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah meringankan hukuman ke atasnya dengan alasan perlu menanggung sewa rumah serta menjaga bapanya yang menghidap sakit jantung yang memerlukan rawatan setiap bulan.

Mengikut fakta kes, seorang jurujual yang bertugas melihat tertuduh dalam keadaan mencurigakan dan semasa ditahan dengan bantuan pengawal keselamatan mendapati tertuduh mengambil tiga keju bernilai RM24.60 milik 7-Eleven Sdn Bhd tanpa membayarnya di kaunter.
Pendakwaan dijalankan Cif Ins Alif Charles Belon. BERNAMA

No comments: