Apabila para perancang 'mempertiakikan modal insan Pak Lah. Kerajaan 'sekular' sememanglah melihat perkara 'soul' dan 'rohaniah' pekerja sebagai sesuatu yang tiada dalam buku product, yang menjadi faktor output bagi sesebuah organisasi. Sememang logik bercuti selama 4 bulan 'akan nampak zahir' membantutkan organisasi tersebut, tetapi selama pekerja indutri itu sihat dia dikerah dan diperah tanaga bekerja mengikut shif yang boleh melabakan organisasi, ini faktor tidak diambil kira , organisasi atau syarikat dapat melaba untung 3 tahun awal jika operasi produkt dijalankan mengikut kaedah biasa sahaja.
Cadangan baik meniru dan mengikut majikan di jepun, adalah baik. Majikan di Jepun mempunyai 'tanggungjawab' besar dan menghargai pekerja bawahan cukup tinggi. Manakala pekerja bawahan pula merasai organisasi yang didokongi merreka adalah sebagai syarikat hak mereka sendiri. Justeru mewajarkan apa yang majikan Jepun lakukan , dan mahu dilakukan di malaysia perlu direnungi. Kita jangan harapkan sesuatu yang hebat tetapi kita sendiri tidak hebat. Memberi idea dan pandangan adalah baik dan bagus, tapi idea ini perlu cerminkan diri kita dulu.
Majikan disaran contohi skim kerja Jepun
Majikan di negara ini disaran mencontohi majikan di Jepun yang menggalakkan pekerjanya berhenti sebelum bersalin dan berkhidmat dengan majikan lain selepas melahirkan anak.
Pengarah Eksekutif Persatuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin Bardan berkata, melalui skim tersebut, aliran buruh kaum wanita sesebuah negara akan terus kekal kerana majikan akan mengambil pekerja baru untuk menggantikan pekerja wanita yang bersalin.
Menurutnya, penyertaan dalam pekerjaan bagi kaum wanita juga akan terus meningkat jika majikan mengamalkan skim tersebut kerana pekerja yang berhenti boleh menyumbangkan kepakaran dan khidmat dengan majikan lain.
Shamsuddin berpendapat, cadangan memberi cuti bersalin bergaji penuh selama empat bulan bukan satu cadangan yang baik kerana ia hanya akan membantutkan produktiviti sesebuah majikan.
Shamsuddin menjelaskan, skim cuti bersalin yang terlalu lama boleh menyebabkan industri buruh negara kurang mendapat penyertaan pekerja wanita.
Sebaliknya, kata beliau, bekerja dengan majikan lain selepas bersalin akan meningkatkan lagi peluang pekerjaan kepada kaum wanita yang belum mendapat pekerjaan.
‘‘Di negara ini, selepas pekerja cuti bersalin, mereka kembali bekerja dengan majikannya dan tidak dengan majikan lain.
‘‘Sebab itu, jumlah kaum wanita dalam industri buruh negara ini hanya 46.7 peratus berbanding Jepun lebih 60 peratus,’’ ujarnya.
Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Persidangan Kebangsaan Pengetua Sekolah Menengah (PKPSM), Azam Md. Atan berkata, kedua-dua cadangan itu tidak sesuai dilaksanakan di sektor pendidikan.
Katanya, ini kerana pembelajaran adalah satu proses yang berterusan sepanjang tahun.
‘‘Apabila mengambil cuti bersalin selama empat bulan, mata pelajaran yang diajar oleh guru itu tidak dapat diteruskan
‘‘Sistem pendidikan kita sudah menunjukkan peningkatan yang memberansangkan dan jika ini dilaksanakan, ia akan mengganggu tumpuan pelajar,’’ ujarnya.
No comments:
Post a Comment