Sunday, August 19, 2007

kEBIMBANGAN TERHADAP WPI ADA ASASNYA !!!


BUKU MERAH HITAM 20 TUNTUTAN TERHADAP WPI DIISYTIHAR DOKUMEN UMUM Oleh Media ProWaris

Tanggal 15 Ogos 2007 adalah merupakan tarikh keramat perjuangan Melayu dan Islam Malaysia. Tarikh itu menandakan tarikh pengumuman rasmi telah dibuat oleh Feriz Omar, Presiden Pertubuhan Profesional Melayu & Pewaris Bangsa (ProWaris) mengishtiharkan ‘Dokumen Merah Hitam’ yang menyenaraikan 20 tuntutan Prowaris-MAPAN terhadap WPI dijadikan “Dokumen Umum”.
Pengisytiharan yang disambut dengan tepukan gemuruh tidak kurang daripada 300 pemimpin-pemimpin NGO, penulis-penulis media perdana dan alternatif di Majlis Dialog Bersama Tun Mahathir yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Ad-Hoc Prihatin (PRIMA). Dalam majlis yang sama, YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad mengiktiraf kesahihan kandungan Buku Merah-Hitam Dokumen 20 Tuntutan ProWaris-Mapan sekaligus dengan lantangnya menyeru agar semua pejuang Melayu melalui NGO, penulis-penulis media perdana dan media alternatif untuk bangkit dan menggembling tenaga memberi sokongan padu terhadap perjuangan kebenaran yang danjurkan oleh ProWaris.
Tun Mahathir juga melahirkan kebimbangan bahawa satu hari nanti dalam 30 tahun yang akan datang tanpa perancangan dan pengendalian teliti, WPI akan menjadi satu lagi wilayah baru Singapura di Malaysia. Dalam program ucapan Tun Mahathir itu juga, Presiden ProWaris mengambil kesempatan untuk bangkit dan menyampaikan pandangan dan hasrat perjuangan ProWaris kepada Tun Mahathir dan para hadirin.
Feriz Omar telah meluahkan perasaan kesalnya yang teramat sangat terhadap YAB Perdana Menteri kerana hasrat beliau untuk bertemu Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi sendiri untuk membincangkan isu yang amat kritikal ini dalam keadaan tertutup demi menjaga kehormatan pemimpin Melayu tertinggi itu, telah diperlekehkan dan tidak diendahkan langsung oleh YAB Perdana Menteri. Media ProWaris hari ini difahamkan bahawa YAB Perdana Menteri masih diam membatu sekalipun ProWaris telah menyampaikan dua (2) salinan Dokumen Merah-Hitam dan lima (5) makluman kepada Perdana Menteri. Sesungguhnya, ini dengan jelas menunjukkan sikap kerajaan secara terang-terangan membenarkan negara jiran, Singapura campur tangan dalam pembangunan WPI.
Setelah 10 hari pertama diberi dan ditambahkan 10 hari lagi dan kemudian 10 hari lagi maka ProWaris mengisytiharkan dokumen yang dibuat atas kajian intelek hasil kerja kumpulan yang digelar HarakahDaily sebagai “Golongan Professional Melayu Elit” ini dijadikan Dokumen Umum untuk dijuangkan bersama oleh semua pihak yang terlibat.
Tun Mahathir dalam ucapannya meletakkan kebimbangan dengan dasar yang dibuat kerajaan Abdullah dalam membuka ruang kepada negara asing melabur dan mendapatkan aset dalam pembangunan WPI.
Secara sinis beliau menegur bahawa kepimpinan negara kini terlalu bijak memandangkan untuk membuat pembangunan di WPI perlu mendapatkan 'izin' dari Singapura dengan melantik menteri dari negara jiran sebagai penasihat bersama. Kalau beginilah caranya, Tun Mahathir menasihatkan kepimpinan Abdullah “Jangan hanya WPI sahaja perlu dibuat dengan 'izin' dari Singapura, sebaliknya Koridor Utara (NCER) juga bolehlah dibuat dengan meminta izin dari Menteri Thailand”.

No comments: