Sunday, August 19, 2007

Salah satu usul Perhimpunan Agung Pemuda MCA adalah minta KDN bertindak agresif dan peka dengan keselamatan rakyat. Maknanya MCA sentiasa memantau dan menjadi perbincangan mereka melihat kes-kes jenayah tidak terkawal yang fokusnya kepada mereka serta rakyat terbanyak. Hal ini amatlah serius, trend terkini jika di bandar-bandar besar masing-masing sudah ada pakatan dalam kawasan KRT menyediakan khidmat pengawal keselamatan swasta.
Kini para penghuni sesetengah taman perumahan sudahpun berbulan-bulan menjalankan kawalan malam, tujuan bagi menangani kes-kes rompakan atau samun serta pecah rumah yang semakin menjadi-jadi serta tak tertahan-tahan dengan kumpulan ini menjalankan modus operandi yang hampir sama. Di beritakan kumpulan ini sengaja menggunakan 'loghat' Indonesia. Maka secara mudah maka mat-mat seberang nilah yang mudah dimangsakan.
Jenayah kekerasan warga asing membimbangkan

Penglibatan warga asing dalam jenayah kekerasan kebelakangan ini amat membimbangkan, kata Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Fu Ah Kiow.

Beliau berkata, dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini sebanyak 46 kes jenayah melibatkan warga asing dilaporkan membabitkan kegiatan bunuh, samun berkawan bersenjata api, samun bersenjata api dan rogol.

Katanya, daripada jumlah itu sebanyak 18 kes dilaporkan melibatkan samun berkawan bersenjata api, bunuh (17), samun bersenjata api (lapan) dan rogol (tiga).

‘‘Penglibatan pendatang asing dalam jenayah indeks dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini ialah 1,823 kes berbanding tahun lalu (3,857) dan 2005 (3,118),” katanya ketika menjawab soalan Senator Siw Chun Eam pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Menurut Ah Kiow, bilangan warga asing yang mati kerana kes jenayah dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini ialah seramai 297 orang dan daripada jumlah itu lelaki sebanyak 249 orang manakala 48 lagi wanita.

No comments: