Sunday, August 19, 2007

Dah tahu buat-buat tak tahu. Alasan kemalangan kini dikatakan berpunca antaranya adalah kerana banyak bas guna badan kimpal.

Hampir 50 peratus daripada jumlah keseluruhan bas awam, termasuk bas ekspres di negara ini didapati tidak selamat kerana menggunakan badan bas dikimpal yang menyebabkan strukturnya tidak kukuh, berbanding model import sepenuhnya (CBU) atau pemasangan tempatan (CKD).
Jurucakap bahagian Teknik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkata, kebanyakan bumbung bas terbabit tidak disambung terus ke platform yang boleh membahayakan nyawa penumpang sekiranya berlaku kemalangan dahsyat.“Kebanyakan bas memang menggunakan casis dan enjin dari luar (negara), namun masalah utama ialah badan dan bumbung bas dibina tidak mengikut piawaian keselamatan atas alasan untuk menjimatkan kos,” katanya kepada Berita Minggu di sini, semalam,
Malah, mengikut laporan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), daripada 50 buah bas awam dan ekspres yang diperiksa, 25 didapati menggunakan badan bas dikimpal.Pada 13 Ogos lalu, 21 maut apabila sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari Melaka ke Alor Star hilang kawalan lalu merempuh besi penghadang jalan sebelum terjatuh ke dalam parit di Kilometer 229.1 Lebuh raya Utara Selatan (Plus), dekat Taiping.
Jurucakap itu berkata, bas yang dibina menggunakan teknik kimpalan mendapat sambutan pengusaha bas kerana harganya lebih murah.Beliau berkata, bas jenis itu biasanya dijual di bawah RM150,000 sebuah, berbanding model CBU atau CKD, harganya mencecah antara RM500,000 hingga RM1 juta sebuah bergantung kepada kapasiti muatan dan saiz bas.“Sebab itu syarikat bas pilih bas berkenaan selain kos penyelenggaraannya murah” katanya.

No comments: